Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis bukan setakat rakan dalam politik tetapi pernah menjadi guru matematiknya.
Beliau berkata Allahyarham Jamaluddin menjadi guru sambilan di sekolah menengah tempat beliau belajar dan mengajar mata pelajaran matematik.
Jamaluddin, 63, ketika itu sedang menunggu tawaran kerajaan melanjutkan pelajaran ke University of Manchester, United Kingdom pada 1970-an.
"Arwah antara individu yang banyak membantu saya semasa belajar. Seperti kebiasaan saya memanggil beliau cikgu, sehingga beliau mendapat gelaran Tan Sri," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini semalam.
Beliau berkata pada suatu ketika, Jamaluddin bertanya kepadanya, mengapa menukar panggilan daripada 'cikgu' kepada 'Tan Sri'.
Ismail berkata beliau harus menghormati panggilan yang lebih besar untuk gurunya itu.
Ismail, 60, yang juga anggota Parlimen Maran berkata beliau juga pernah merakamkan gambar kenangan bersama Jamaluddin semasa di bangku sekolah.
Ismail berkata Jamaluddin merupakan 'senior' baginya dalam bidang politik dan banyak memberi nasihat semasa beliau baharu menceburi bidang politik, dan Allahyarham berpesan supaya tidak cepat mengalah kepada cabaran.
"Saya juga sering mengikut Allahyarham melawat kawasan Orang Asli di Rompin dan mereka memang begitu dekat di hati arwah yang mahu masyarakat Orang Asli terlibat dalam semua program ekonomi," katanya.
Ismail berkata kali terakhir mereka bertemu ialah pada majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di Pekan, petang semalam.
"Kami juga sempat bertemu di perasmian AgroBazar Rakyat 1Malaysia di Indera Mahkota di sini dan pada sebelah malam (Jumaat), kami bertemu di majlis makan malam di Pekan.
"Semalam, kami berjumpa pula di kenduri. Kami berbual seperti biasa.
Pelbagai topik termasuk politik. Allahyarham pulang terlebih dahulu daripada saya," katanya.
Selain itu, Ismail juga sempat bertegur sapa dengan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias pada majlis itu dan menyifatkan Allahyarham seorang yang 'simple' (bersederhana) dan merendah diri.
"Sebelum ke meja tetamu khas dan kenamaan, saya duduk semeja dengan Azlin.
Tidak sangka itu menjadi pertemuan terakhir kami," katanya.
Azlin turut terkorban bersama Jamaluddin dalam nahas helikopter yang berlaku pada 4.55 petang semalam, selepas helikopter itu terhempas di kawasan kebun getah di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru di Semenyih.
BACA: Jasad Jamaluddin Jarjis, Azlin Alias dikenal pasti
BACA :Jamaluddin Jarjis terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih
Ismail turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap mereka tabah menghadapi ujian itu.
Sementara itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang terkejut dengan insiden itu, berkata beliau sempat minum teh bersama Jamaluddin di sebuah hotel pada malam Jumaat lepas, selepas perasmian program AgroBazar Rakyat 1Malaysia di sini.
Malah, Ismail Sabri berkata pada majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri di Pekan semalam, beliau sempat bergambar bersama Jamaluddin dan Azlin.
"Saya benar-benar terperanjat dengan berita ini. Saya merasa sangat sedih kerana Jamaluddin sahabat karib saya sejak dari zaman Pemuda UMNO.
"Pemergian beliau satu kehilangan kepada saya dan rakan-rakan serta negara," katanya dan menambah Jamaluddin pulang awal sebelum majlis perkahwinan tersebut berakhir.
Ismail Sabri turut menyifatkan Jamaluddin seorang sahabat yang setia dan tetap bersama walaupun dalam apa jua keadaan.
Beliau berkata Jamaluddin seorang pemimpin berpandangan jauh dan ini terbukti semasa Allahyarham menerajui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang bertanggungjawab melaksanakan Program Angkasawan Negara.
GALERI FOTO:Di lokasi nahas helikopter awam terhempas di Semenyih
Bernama
Sun Apr 05 2015
ISMAIL SABRI: Tan Sri Jamaluddin Jarjis seorang pemimpin berpandangan jauh dan ini terbukti semasa Allahyarham menerajui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang bertanggungjawab melaksanakan Program Angkasawan Negara.
DSA: KDN mahu manfaat teknologi, inovasi untuk kukuhkan kawalan sempadan
KDN sedang merangka strategi bagi meningkatkan penggunaan teknologi melibatkan kecerdasan buatan (AI) dalam memperkukuh kawalan sempadan negara.
Lionel Messi cipta sejarah baru MLS dengan lima bantuan gol
Lionel Messi menjadi pemain pertama dalam sejarah Liga Bolasepak Utama (MLS) yang mencatat lima bantuan gol dalam satu perlawanan.
Sarawak akan bincang dengan Peguam Negara mengenai istilah 'negeri'
Ia bagi menetapkan istilah terbaik untuk menggantikan perkataan 'negeri' dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak, berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.
Kawal diri, jangan kongsi isu sentuh 3R - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua pihak agar mengawal diri daripada menulis atau menyentuh isu 3R.
Setiap pemimpin jaga satu kampung, cadangan dibentang pada Kabinet - PM Anwar
Perdana Menteri mencadangkan agar setiap pemimpin di negara ini termasuk perdana menteri dipertanggungjawabkan menjaga sebuah kampung.
Minyak masak peket: Audit di peringkat akhir, ambil kira langkah penambahbaikan - Armizan
Proses audit turut membabitkan penilaian terhadap beberapa langkah penambahbaikan bagi memastikan subsidi sampai ke kumpulan sasaran.
'Saya ikhlas mohon maaf' - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan beliau ikhlas ketika memohon maaf di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Minyak sawit: Tiada tolak ansur terhadap produk terbabit kempen boikot - Armizan
KPDN akan menjalankan penguatkuasaan tegas terhadap mana-mana produk yang terbabit dengan kempen tersebut.
Malaysia gesa tindakan tegas akhiri ketegangan Asia Barat dicetus Israel - Mohamad
Malaysia menggesa tindakan lebih tegas dalam menyelesaikan ketegangan di Asia Barat yang berpunca daripada pendudukan haram Israel di Palestin.
Semoga pelaku diberikan petunjuk dan hidayah - Akhyar
Akhyar tidak mahu menyimpan dendam sebaliknya mendoakan agar penyamun yang mencederakannya diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah SWT.
Rang Undang-Undang Antartika ke Parlimen tahun depan
Malaysia berharap untuk menjadi anggota perunding Mesyuarat Perundingan Perjanjian Antartika (ATCM) dalam masa terdekat.
Formasi awan bergulung fenomena semula jadi - menteri
kejadian itu adalah fenomena semula jadi cuaca disebabkan pembentukan garis badai berserta kejadian awan bergulung atau 'roll cloud' dan ia tidak berbahaya seperti garis badai.
Nisbah pelajar menengah ambil aliran Sains jauh tersasar
Pada tahun 1967, kerajaan menyasarkan kadar peratusan pelajar aliran Sains berbanding Sastera dengan nisbah 60:40.
Nahas Semenyih: 'Saya kehilangan seorang guru' - Ismail Abd Muttalib
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis bukan setakat rakan dalam politik tetapi pernah menjadi guru matematiknya.
Mosti nafi dakwaan salah guna dana geran R&D RM1.152 bilion
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) menafikan dakwaan berlaku salahguna dana geran berjumlah RM1.152 bilion.
Plat kenderaan "1MCY" sempena tahun pengkomersialan
Plat yang mengggunakan teknologi GPS serta mempunyai bahan pembias cahaya itu bagaimanapun masih menunggu kelulusan kabinet.