awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas Terowong Menora: Mangsa dipercayai dari empat keluarga berbeza

Astro Awani
Astro Awani
08/10/2018
11:04 MYT
Nahas Terowong Menora: Mangsa dipercayai dari empat keluarga berbeza
Setakat ini, tiga keluarga telah tampil menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar di sini. - Gambar fail
Lima mangsa yang rentung dalam kemalangan antara treler dan kereta di KM255.3 di Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora pada Sabtu dipercayai melibatkan empat keluarga berbeza.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, DSP Zahiri Hassan berkata, setakat ini tiga keluarga telah tampil menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar di sini.
Menurut beliau, maklumat mangsa yang diperolehi setakat ini ialah dua penumpang wanita dan seorang bayi lelaki selepas anggota keluarga masing-masing tampil melakukan ujian DNA.
"Sebuah keluarga dari Shah Alam hari ini tampil dan mengesyaki saudara lelaki mereka turut berada di dalam kenderaan itu dan mereka lakukan DNA,” katanya kepada pemberita di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar di sini, pada Isnin.
Menurut DSP Zahiri, kesemua sampel DNA itu diserahkan kepada Jabatan Kimia dan keputusannya dijangka diketahui dalam tempoh dua minggu.
Dalam pada itu, beliau berkata, polis sedang mengesan seorang lagi waris mangsa yang dipercayai pemandu kereta terbabit dan siasatan menyeluruh dilakukan termasuk pemeriksaan ke atas nombor casis kenderaan berkenaan.
Dalam nahas 11.47 pagi Sabtu lalu, lima mangsa rentung apabila kereta yang dinaiki mereka terbakar selepas dirempuh sebuah treler.
Kesemua mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Selangor untuk menghadiri upacara keagamaan di Taiping.
Topic Berkaitan
#asid deoksiribonukleik
#Hospital Kuala Kangsar
#kemalangan
#mangsa
#Nahas
#sampel DNA
#siasatan
#Terowong Menora
#Unit Forensik
#Zahiri Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan