NATIONAL
Nahas trak FRU: Akmal Wafi cadang pulang bercuti, tak sangka 'pulang selama-lamanya' - Bapa

Annuar menerima penghormatan daripada Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan, pada pengebumian Allahyarham Akmal Wafi di sini, hari ini. - Gambar/ Astro AWANI
KULIM: Bapa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Allahyarham Konstabel Akmal Wafi Annuar, 27, tidak menyangka rancangan anaknya untuk pulang bercuti dua hari bertukar menjadi 'cuti selama-lamanya'.
Ringkasan AI
- Konstabel Akmal Wafi Annuar, anggota FRU, terkorban dalam kemalangan antara trak FRU dan lori batu kerikil di Teluk Intan.
- Akmal Wafi merancang untuk pulang bercuti selama dua hari bersama adiknya, tetapi malangnya rancangan itu bertukar menjadi 'cuti selama-lamanya'.
- Bapa Akmal, Annuar Yusof, mengetahui tentang kemalangan melalui gambar dan video yang tular di media sosial, dan kemudian mengesahkan berita tersebut melalui tempat kerja anaknya.
"Tiga hari sebelum kejadian, arwah ada membuat panggilan video dan memaklumkan akan pulang bersama adik perempuan, Nor Wardina, 26, yang tinggal di Shah Alam.
"Dia merancang untuk balik pada Selasa (hari kejadian). Malah dia bergurau menyuruh adiknya singgah di Ipoh untuk mengambilnya dan balik sama-sama ke kampung di Lunas (Kulim).
"Saya diberitahu arwah sudah mohon cuti sebanyak dua hari (untuk balik kampung). Dia gembira sangat. Tapi akhirnya pada 13 Mei (Selasa) dia bukan balik bercuti, tapi 'balik terus'," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Masjid Tunku Abdul Rahman Putra Sungai Limau, Lunas pada Rabu.
Menurutnya Allahyarham yang masih bujang baru berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) awal tahun ini.
Katanya, anaknya itu seorang yang ceria dalam keluarga malah setiap kali pulang bercuti, Allahyarham tidak lupa bertemu saudara-mara dan rakan-rakan sekolahnya.
Menurut Annuar kali terakhir dia bertemu Allahyarham anaknya dua minggu lalu, namun ketika itu dia langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap.
Annuar berkata, dia mengetahui kejadian melibatkan anaknya itu selepas melihat gambar dan video kemalangan yang tular di media sosial.
"Saya sedang bersarapan dengan rakan di warung ketika melihat gambar dan video kemalangan itu. Selaps itu, saya terus balik dan dia cuba menghubungi telefon bimbit arwah beberapa kali, namun tidak berjawab.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami