awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dari bilik darjah desa ke pentas dunia, tiga murid Orang Asli raih emas robotik antarabangsa
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas trak FRU: Lebih 60 individu akan dipanggil bantu siasatan - Polis

Bernama
Bernama
14/05/2025
05:10 MYT
Nahas trak FRU: Lebih 60 individu akan dipanggil bantu siasatan - Polis
Bakri juga meminta orang awam yang mempunyai maklumat berhubung insiden itu untuk tampil bagi membantu siasatan polis. - Gambar fail
TELUK INTAN: Polis akan memanggil lebih 60 individu untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan kemalangan yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam di sini, pada pagi semalam.
Ketua Polis Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin berkata ia termasuk anggota FRU yang berada di lokasi kemalangan serta pemilik syarikat lori membawa muatan batu yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
"Ini bagi mengelakkan siasatan bersifat berat sebelah dan sebagainya. Kita akan melihat (siasatan) daripada semua sudut iaitu kecuaian manusia, isu teknikal melibatkan kenderaan dan isu persekitaran," katanya kepada pemberita di perkarangan Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Beliau juga meminta orang awam yang mempunyai maklumat berhubung insiden itu untuk tampil bagi membantu siasatan polis.
Sementara itu Bakri berkata seorang anggota FRU terlibat kini berada di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh kerana mengalami pendarahan dalaman dan di kepala selain cedera pada bahagian abdomen.
Beliau berkata lapan lagi anggota FRU yang mengalami kecederaan pula masih menerima rawatan susulan di Hospital Teluk Intan.
Pada kejadian 8.50 pagi semalam, sebuah lori FRU dinaiki 18 anggota pasukan dari Unit 5 yang berpangkalan di Sungai Senam, Ipoh terlibat dalam kemalangan dengan lori membawa muatan batu semasa dalam perjalanan pulang selepas tamat tugas sempena perayaan Chitrapournami di sini.
Kemalangan itu mengakibatkan sembilan anggota FRU maut, dua parah manakala tujuh lagi cedera.
Majistret Naidatul Athirah Azman hari ini mengeluarkan perintah reman selama empat hari terhadap pemandu lori berusia 45 tahun itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bakri Zainal Abidin
#nahas trak FRU
#anggota FRU maut kemalangan
#polis panggil saksi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami