awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas trak FRU: Pemandu lori direman empat hari

Bernama
Bernama
14/05/2025
03:25 MYT
Nahas trak FRU: Pemandu lori direman empat hari
Pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan maut mengorbankan sembilan anggota FRU semalam direman empat hari bermula hari ini, di Mahkamah Majistret Teluk Intan. -- fotoBERNAMA
TELUK INTAN: Pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan maut mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) semalam direman selama empat hari bermula hari ini.

Ringkasan AI
  • Pemandu lori direman 4 hari selepas terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan sembilan anggota FRU maut; dia disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
  • Kemalangan berlaku pada 8.50 pagi ketika lori dipandu lelaki berusia 45 tahun itu merempuh trak FRU yang membawa 18 anggota pulang dari tugasan perayaan Chitrapournami.
  • Sembilan anggota FRU maut, manakala sembilan lagi cedera; bedah siasat selesai malam tadi dan pengebumian dijangka selesai hari ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin berkata perintah reman terhadap lelaki berusia 45 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Naidatul Athirah Azman di Mahkamah Majistret Teluk Intan.
Bakri berkata lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Seksyen itu mengenai pemanduan secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun dan denda maksimum tidak lebih RM50,000, serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang lima tahun, jika sabit kesalahan.
Dalam kejadian pada 8.50 pagi semalam, lori yang dipandu lelaki itu bertembung dan merempuh trak yang membawa 18 anggota FRU yang sedang dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai menjalankan tugas sempena perayaan Chitrapournami di sini.
Akibat kemalangan itu sembilan anggota FRU yang menaiki trak berkenaan maut, manakala sembilan lagi mengalami pelbagai kecederaan dan sedang menerima rawatan.
Sembilan anggota yang terkorban ialah Sjn Perumal a/l Sugunanathan, 44, dari Lahat, Ipoh; Sjn Mohd Roslan Abd Rahim, 46, dari Tanjung Rambutan, Ipoh; Kpl Mohd Pozli Jaudin, 41, dari Gunung Rapat, Ipoh; Kpl Nurit Ak Pandak, 34, (Kampar) dan Kpl Amiruddin Zabri, 38, (Gopeng).
Empat lagi ialah Kpl Mohamad Hilmi Mohd Azlan, 38, dari Taiping; Kpl Muhamad Akmal Muhamad, 35, dari Kuala Kurau; L/Kpl Damarrulan Abdul Latif, 33, dari Ipoh dan Konstabel Akmal Wafi Annuar, 28, dari Lunas, Kedah.
Bedah siasat terhadap semua mangsa selesai malam tadi dan proses pengebumian dijangka selesai hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Teluk Intan
#nahas trak FRU
#anggota FRU maut kemalangan
#pemandu lori direman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami