KUALA LUMPUR: Kedah Darul Aman (KDA) FC mengesahkan gelaran naib juara Liga Super buat musim kedua berturut-turut dengan kemenangan bergaya mengatasi Melaka United FC 4-1 pada aksi terakhir liga di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam tadi.
Kejayaan itu turut menjamin slot pasukan dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim depan sekali gus menamatkan perebutan tiga penjuru bersama Penang FC dan Terengganu FC (TFC) yang terikat 2-2 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.
Pada aksi di Alor Setar, penyerang Tchetche Kipre meledak gol kesembilan peribadi musim ini selepas menjaringkan dua gol awal pasukan pada minit ke-24 dan minit ke-31 sebelum penyerang Melaka United FC Adriano Narcizo merapatkan kedudukan pada minit ke-50.
Skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak memuktamadkan kemenangan menerusi dua jaringan dalam tempoh dua minit yang dijaringkan ketua pasukan Baddrol Bakhtiar dan pemain muda Muhammad Fayadh Mohd Zulkifli Amin, masing-masing pada minit ke-67 dan minit ke-69.
KDA FC muncul naib juara dengan mengumpul 43 mata, dua mata di hadapan Penang FC sementara TFC di tempat keempat dengan 38 mata.
Di Stadium Bandaraya, hajat tuan rumah yang terpaksa bermain dengan 10 pemain seawal minit ke-13, untuk meraih tiga mata musnah di penghujung perlawanan selepas pemain tengah TFC Lee Tuck meledak gol penyamaan pada minit ke-80.
Layangan kad merah diberikan kepada pertahanan tuan rumah Abdul Latiff Suhaimi susulan tindakan menjatuhkan kapten Endrik Dos Santos dalam kotak penalti dilihat berbaloi selepas Dos Santos gagal menyempurnakan sepakan penalti diberikan pengadil Mohd Amirul Izwan Yaacob.
Tandukan Kapten TFC Argzim Redzovic pada minit ke-25 berjaya memecah kebuntuan perlawanan, namun Penang FC berjaya bangkit mendahului 2-1 menerusi jaringan Sheriddin Boboev pada minit ke-40 diikuti tandukan penyerang Anselmo Da Silva pada masa tambahan babak pertama.
Pada masa sama, Petaling Jaya (PJ) City FC mencatat kemenangan 2-1 ke atas Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan menyaksikan penyerang import dari Nigeria Ifedayo Olusegun mengesahkan gelaran penjaring terbanyak Liga Super dengan jumlah 26 gol.
Beliau menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan babak pertama untuk menyamakan kedudukan 1-1 sekali gus menafikan gol pembukaan Khyril Muhyeen Zambri pada minit ke-21, namun jaringan Muhammad Syahmi Zamri pada minit ke-62 memastikan tiga mata milik PJ City FC.
Sementara itu, juara Liga Super Johor Darul Ta'zim (JDT) menutup saingan musim ini dengan kemenangan 2-1 menewaskan Kuala Lumpur (KL) City FC yang juga kemenangan ke-18 daripada 22 perlawanan pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Malang buat pasukan pelawat apabila dibolosi gol sendiri pemain pertahanan Nik Mohd Shahrul Azim Abdul Halim pada minit ke-70 selepas berjaya mengikat kedudukan 1-1 hasil jaringan pemain tengah Muhammad Izreen pada minit ke-25, menafikan gol pembukaan Muhamad Nazmi Faiz Mansor pada minit ke-16.
Dalam pada itu, dua pasukan yang sah akan turun beraksi di saingan Liga Premier musim depan, Perak FC dan UiTM FC masing-masing mengutip tiga mata pada aksi terakhir dengan menundukkan lawan masing-masing.
Perak FC menewaskan Sabah FC 2-0 di Stadium Perak, Ipoh sementara UiTM FC mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Sri Pahang FC di Stadium UiTM, Shah Alam.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 12 2021
KDA FC muncul naib juara dengan mengumpul 43 mata, dua mata di hadapan Penang FC. - Foto Facebok Kedah Darul Aman FC
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Akhyar Rashid kembali jalani latihan ringan di padang
Pemain berusia 25 tahun itu mula menjalani latihan ringan setelah berehat selama dua minggu akibat kecederaan dialaminya.
KL City congak strategi tanpa kelibat Kamal Azizi
Pemain pertahanan kelahiran Kuala Berang, Terengganu itu mengalami kecederaan ketika KL City terikat 1-1 bertemu Kuching City FC pada Ahad.
Liga Super: Tangan Kamal Azizi patah terkena bola sepakan pemain Kuching City
Kamal dikeluarkan seawal minit pertama perlawanan selepas bola sepakan pemain pertahanan Kuching City terkena tangan kanannya.
Liga Super: Steinbruckner tak puas hati prestasi TFC
Ketua Jurulatih TFC Tomislav Steinbruckner menganggap anak buahnya tidak mencapai tahap diharapkan, meskipun meraih kemenangan 3-1 ke atas Perak FC.
Machado, Saddil mungkin terlepas aksi pertama Liga Super - Kim Swee
Dua pemain import Sabah FC iaitu Ramon Machado dan Saddil Ramdani mungkin terlepas aksi pertama Liga Super menentang Penang FC.
Liga Super: Usah terburu-buru kejar sasaran - Kim Swee
Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee enggan anak buahnya terburu-buru dan mengejar sasaran tidak realistik pada awal fasa Liga Super musim ini.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kedah selamat, kekal beraksi dalam saingan Liga Super
Kedah Darul Aman FC berjaya menyelesaikan tunggakan gaji bagi tahun 2023 sekali gus dibenarkan beraksi dalam saingan Liga Super musim ini.
Perak tagih sentuhan penyerang import perkuat jentera serangan
Ia cabaran yang perlu dihadapi pemain import itu memandangkan tempoh yang ada untuk melakukan persediaan berbaki kurang tiga minggu.
KDA FC mohon penyokong bantu pasukan
Katanya, setakat 3 petang semalam, pihak pengurusan berjaya mengumpul 90 peratus daripada dana yang diperlukan.