awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Naib Ketua UMNO Bahagian Rasah meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
11/06/2021
15:07 MYT
Naib Ketua UMNO Bahagian Rasah meninggal dunia
Naib Ketua UMNO Bahagian Rasah, Datuk Baharin Mohamad meninggal dunia pada petang Jumaat.
KUALA LUMPUR: Naib Ketua UMNO Bahagian Rasah, Datuk Baharin Mohamad meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) pada jam 2 petang tadi. Beliau berusia 70 tahun.
Pemergian Allahyarham dimaklumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
"Dukacita menerima perkhabaran Naib Ketua UMNO Bahagian Rasah, Datuk Baharin Mohamad telah kembali ke rahmatullah siang tadi.
"Allahyarham meninggalkan kita pada hari Jumaat hari yang mulia penghulu segala hari. Al-Fatihah," katanya dalam melalui satu ciapan di laman Twitternya pada Jumaat.
Dukacita menerima perkhabaran Naib Ketua UMNO Bahagian Rasah, Dato Baharin Mohamad telah kembali ke rahmatullah siang tadi. Allahyarham meninggalkan kita pada hari Jumaat hari yang mulia penghulu segala hari. Al-Fatihah Amin ya rabbal alamin... pic.twitter.com/5yPKEfWpaa
— Ahmad Zahid Hamidi (@DrZahidHamidi) June 11, 2021
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, yang juga Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Umno menerima perkhabaran dukacita atas pemergian Naib Ketua Bahagian Rasah, Dato Baharin Mohamad. Beliau disahkan kembali kerahmatullah pada hari mulia, hari Jumaat. pic.twitter.com/7NXqrLKg6o
— Jalaluddin Alias (@jalaluddinalias) June 11, 2021
Memetik laporan Bernama, Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Tuan Haji Said Seremban pada jam 6 petang. Allahyarham juga merupakan Naib Presiden Persatuan Berbasikal Negeri Sembilan (PLBNS).
Menurut Timbalan Presiden PLBNS Yunus Ibrahim, Allahyarham telah disahkan positif COVID-19 pada 2 Jun lalu dan dimasukkan ke HTJ selepas mengadu sesak nafas.
Yunus berkata Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Normah Sentol dan dua anak.
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#UMNO
#Twitter
#Naib Ketua UMNO Rasah
#meninggal dunia
#Datuk Baharin Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan