SEPANG: Naib Presiden China Han Zheng, tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi empat hari.
Pesawat khas yang membawa Han mendarat pada 7.15 malam ini di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan beliau disambut Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin dan Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing.
Semasa lawatanya, Han dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.
Beliau juga dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menghadiri majlis makan malam yang dihoskan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Wisma Putra dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sempena lawatan Han memaklumkan antara perkara yang akan dibincangkan ialah isu dua hala serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama, kerjasama dalam industri halal, konflik Palestin-Israel dan meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China yang akan disambut pada 2024.
Sejak lebih sedekad lalu, China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia. Pada 2022, jumlah dagangan antara Malaysia dan China mencecah nilai RM487.13 bilion (US$110.62 bilion), peningkatan sebanyak 15.6 peratus berbanding 2021.
Selain itu, China merupakan pelabur langsung asing terbesar di Malaysia untuk 2022, dengan pelaburan berjumlah RM55.4 bilion (US$12.5 bilion).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 08 2023
Naib Presiden China Han Zheng sejurus tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi memulakan lawatan rasmi selama empat hari ke Malaysia bermula hari ini. - Foto BERNAMA
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Izzuddin-Sze Fei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei terlepas bergelar juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas ditewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
Lelaki ditahan kurang empat jam selepas samun farmasi
Polis berkata suspek berusia 20 tahun itu ditahan bersama pisau yang dipercayai digunakan dalam kes berkenaan dan baki wang tunai hasil samun.
China komited perkasa kerjasama dengan semua negara
China bersedia bekerjasama dengan semua negara untuk meneroka peluang yang membawa manfaat bersama serta menangani risiko dan cabaran demi masa depan yang lebih indah buat semua umat manusia.
Naib Presiden China tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi empat hari
Naib Presiden China Han Zheng, tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi empat hari.