awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Naib Presiden Taiwan tiba di San Francisco

Bernama
Bernama
17/08/2023
13:40 MYT
Naib Presiden Taiwan tiba di San Francisco
Ketibaan Lai disambut Pengarah Kanan Majlis Keselamatan Negara AS untuk China dan Taiwan, Laura Rosenberger, dan wakil Taiwan ke AS, Hsiao Bi-khim. - Gambar AP/Jorge Saenz
MOSCOW: Naib Presiden Taiwan dan calon presiden Lai Ching-te dilaporkan transit di San Francisco di Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, walaupun Beijing mengecam tindakan itu.
Ketibaan Lai disambut Pengarah Kanan Majlis Keselamatan Negara AS untuk China dan Taiwan, Laura Rosenberger, dan wakil Taiwan ke AS, Hsiao Bi-khim.
Lai dalam perjalanan pulang dari Paraguay selepas menghadiri majlis pelantikan Presiden Santiago Pena.
China menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap 'lawatan transit' dan mengecam lawatan Lai ke negara itu.
Pada April, Parti Progresif Demokratik Taiwan secara rasmi mencalonkan Lai yang juga pengerusi parti ini sebagai calonnya untuk pilihan raya presiden 2024.
Penyandang Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen, tidak layak bertanding semula memandangkan beliau telah berkhidmat dua penggal berturut-turut sebagai presiden.
Beijing menentang sebarang hubungan rasmi negara asing dengan Taipei dan menganggap kedaulatan China ke atas pulau itu tidak boleh dipertikaikan.
Taiwan pada masa ini hanya mempunyai beberapa sekutu diplomatik rasmi, termasuk Paraguay.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sekutu diplomatik
#hubungan rasmi
#lawatan transit
#negara asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan