awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Windows File Explorer dikemas kini, lebih ringan untuk carian fail
MB Perlis umum potong gaji RM3,000, Exco RM1,500
Seorang terkorban selepas 2 helikopter bertembung di ruang udara New Jersey, AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Senai siap 80 peratus

Bernama
Bernama
06/07/2017
11:11 MYT
Naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Senai siap 80 peratus
Kerja menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) dijangka siap sepenuhnya pada akhir Ogos ini.
Kerja menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) yang menelan belanja kira-kira RM7 juta, dijangka siap sepenuhnya pada akhir Ogos ini sejak ia mula dilaksanakan Oktober tahun lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor Datuk Tee Siew Kiong berkata kerja menaik taraf itu memberi fokus utama kepada faktor keselamatan dan keselesaan pengguna yang semakin meningkat setiap tahun dan setakat ini, ia sudah siap 80 peratus.
"Ini bagi memenuhi keperluan peraturan untuk mengasingkan penumpang domestik dan antarabangsa semasa pelepasan dan ketibaan. Keadaan lapangan terbang sekarang tidak mengasingkan penumpang penerbangan domestik dan antarabangsa yang mana ia tidak menepati piawaian keselamatan.
"Kerja naik taraf ini juga perlu bagi menampung peningkatan pergerakan penumpang disebabkan pengenalan destinasi baharu dan penambahan kekerapan penerbangan sejak beberapa tahun ini," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke LTAS, di sini hari ini.
LTAS kini menawarkan perkhidmatan penerbangan ke 11 destinasi domestik dan lima destinasi antarabangsa dengan menerima 610 penerbangan setiap minggu.
Tambah Tee, prestasi jumlah pelancong juga positif pada suku kedua tahun ini dengan mencatatkan 1.54 juta orang, peningkatan sebanyak 9.5 peratus berbanding 1.36 juta orang pada tempoh yang sama tahun lepas.
Beliau berkata jumlah itu dijangka meningkat berikutan kemungkinan penambahan beberapa destinasi penerbangan antarabangsa yang baharu.
"Saya yakin selepas proses naik taraf, landskap industri pelancongan di Johor akan berada pada pencapaian positif dan saya mengalu-alukan pemain industri khususnya kepada ejen pelancongan untuk mentransformasikan perniagaan mereka," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Tee Siew Kiong
#faktor keselamatan
#Johor Bahru
#Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
#LTAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan