awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dijangka siap tahun depan

Bernama
Bernama
14/03/2023
07:40 MYT
Naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dijangka siap tahun depan
Anthony Loke berkata meskipun terdapat kelewatan kemajuan projek ketika ini, pihak kontraktor telah memberikan komitmen dan jaminan untuk menyiapkan projek itu mengikut jadual asal. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Projek pembesaran dan menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa, Kelantan dijangka siap sepenuhnya pada September 2024 seperti yang dirancang.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata meskipun terdapat kelewatan kemajuan projek ketika ini, pihak kontraktor telah memberikan komitmen dan jaminan untuk menyiapkan projek itu mengikut jadual asal.
"Setakat 25 Feb 2023, kemajuan sebenar projek adalah 18.19 peratus berbanding jadual asal iaitu 43.4 peratus, iaitu kelewatan sebanyak 25.2 peratus.
"Kelewatan ini antara lain adalah disebabkan kekurangan tenaga kerja (tempatan dan asing) di tapak projek berikutan penularan wabak COVID-19 yang berlaku sebelum ini," katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) di Dewan Rakyat mengenai perancangan terkini kementerian memanfaatkan LTSIP sebagai hub penerbangan serantau dan menjadi pintu masuk utama pasaran Indochina.
Projek pembesaran dan menaik taraf LTSIP adalah bagi menambahbaik fasiliti serta meningkatkan kapasiti terminal lapangan terbang daripada 1.5 juta penumpang kepada empat mppa (million passengers per annum) dengan kos melebihi RM440 juta.
Walaupun LTSIP tidak dikategorikan sebagai lapangan terbang antarabangsa atau hub penerbangan serantau, Loke memaklumkan ia masih boleh mengendalikan operasi penerbangan antarabangsa berjadual dan tidak berjadual seperti lapangan terbang domestik lain.
Katanya sebarang cadangan untuk menyedia dan menambah kekerapan jadual penerbangan bagi mana-mana laluan ke LTSIP, merupakan perancangan yang ditentukan sendiri oleh syarikat-syarikat penerbangan berdasarkan 'commercial viability' sesuatu laluan selain tertakluk kepada kelulusan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra
#LTSIP
#Anthony Loke
#Ahmad Marzuk Shaary
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan