awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bawa anak terlibat dadah jumpa AADK, jangan malu - MCPF
Usaha AS banteras dadah melalui jalan darat akan bermula - Trump
Anak kapal maut selepas kemalangan dalam perlumbaan rentas Atlantik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Naikkan nilai kerja kontraktor Kelas F kepada RM350,000 - PERKOBF

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
19/02/2018
03:58 MYT
Naikkan nilai kerja kontraktor Kelas F kepada RM350,000 - PERKOBF
Kerajaan diminta menaikkan had nilai kerja kepada RM350,000 daripada RM200,000 ketika ini bagi semua kontraktor Kelas F.
Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F (PERKOBF) meminta supaya Kerajaan menaikkan had nilai kerja kepada RM350,000 daripada RM200,000 ketika ini bagi semua kontraktor dalam kelas berkenaan.
Presidennya, Tukiman Radion berkata langkah ini perlu memandangkan kos sara hidup yang semakin tinggi.
"Kami juga ingin meminta supaya pengagihan projek dibuat secara undian bagi memastikan ketelusannya," kata Tukiman.
Menurut beliau, pengagihan projek yang kini dilaksanakan melalui sistem komputer atau atas talian diragui ketelusannya.
"Kami juga berharap agar kerja-kerja berskala kecil tidak lagi dikumpulkan dan diberi kepada konsesi tetapi diagihkan secara terus kepada kontraktor-kontraktor Kelas F.
"Ini supaya peluang dapat diberikan kepada kami untuk menjana pendapatan," kata Tukiman, merujuk kepada 24,000 orang kontraktor Kelas F di seluruh negara.
Selain itu, PERKOBF juga meminta supaya nilai setiap kerja yang diagihkan dihadkan kepada RM150,000.
"Kami juga berharap agar Kerajaan memastikan kerja pengubahsuaian rumah persendirian hanya boleh dikendalikan kontraktor yang berdaftar," kata Tukiman.
Permintaan tersebut disuarakan Tukiman dalam satu sidang media di ibu pejabat PERKOBF di Sungai Besi pagi tadi.
Topic Berkaitan
#Kontraktor
#kontraktor kelas f
#PERKOBF
#Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F
#projek
#Tukiman Radion
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan