awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib adakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Vietnam

Bernama
Bernama
09/11/2017
14:51 MYT
Najib adakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Vietnam
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Vietnam, Tran Dai Quang sempena Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Da Nang, hari ini, 9 Nov 2017. --fotoBERNAMA
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan mesyuarat dua hala pertamanya dengan Presiden Vietnam, Tran Dai Quang, yang mengambil alih jawatan pada April tahun lepas.
Mesyuarat selama 30 minit itu berlangsung di luar Mesyuarat Pemimpin Ekonomi (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-25 di sini, hari ini.
Najib mengucapkan tahniah kepada Tran atas penganjuran AELM dan memuji pembangunan bandar pesisir pantai itu.
Mesyuarat tersebut, antara lain, membincangkan perdagangan antara kedua-dua negara memandangkan Malaysia dan Vietnam sebelum ini telah bersetuju untuk mempertingkatkan hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik.
Sejak 10 tahun lepas, perdagangan dua hala Malaysia-Vietnam meningkat lebih tiga kali ganda kepada US$10.3 bilion (US$1=RM4.19) pada 2016 daripada US$3.2 bilion pada 2006.
Jumlah perdagangan antara Malaysia dan Vietnam meningkat 10.8 peratus kepada US$10.3 bilion pada 2016 daripada US$9.3 bilion pada 2015.
Vietnam merupakan rakan dagang ke-12 terbesar Malaysia pada 2016, manakala Januari hingga Ogos 2017, Vietnam adalah rakan dagang ke-13 terbesar Malaysia dan destinasi eksport utama ke-10.
Terdahulu, dalam sidang media, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Vietnam merupakan antara negara yang pantas membangun dan penerima pelaburan langsung asing terbesar dalam ASEAN.
"Pelaburan terbesar daripada syarikat Malaysia di Vietnam ialah Gamuda (Gamuda Land) dalam pembangunan perbandaran di Hanoi dan Ho Chi Mihn. Mereka sudah sembilan tahun beroperasi di Vietnam.
"Manakala Da Nang antara bandar yang sedang pesat membangun di Vietnam dan terdapat beberapa syarikat Malaysia yang beroperasi di sini termasuk Tan Chong dan syarikat pembuat lilin dari Sungai Petani," katanya.
Berdasarkan Rangka Kerja Perdagangan ASEAN dalam Perjanjian Barangan, Malaysia dan Vietnam komited untuk mencapai hubungan ekonomi yang lebih kukuh, yang termasuk meningkatkan perdagangan, mengurangkan kos perniagaan, mewujudkan pasaran lebih luas dengan peluang lebih baik dan menguntungkan dari segi kos yang lebih besar bagi perniagaan negara-negara anggota.
Kedua-dua negara turut bersetuju untuk memperluaskan kerjasama dalam pertahanan dan keselamatan termasuk bagi usaha menangani keganasan, membanteras lanun dan jenayah antarabangsa pada Julai lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AELM
#APEC
#ASEAN
#Da Nang
#ekonomi
#Najib Razak
#Tran Dai Quang
#Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan