PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memohon Peguam Diraja dari United Kingdom (UK) untuk rayuannya bagi membatalkan sabitan serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi kes melibatkan dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan.
Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashrof Andrin Kamarul berkata, peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan perkara itu kepada Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Siti Hajar Mustaffa semasa prosiding dalam talian hari ini.
"Pembelaan akan menulis surat kepada Mahkamah Persekutuan selewat-lewatnya esok mengenai hasrat untuk memohon Peguam Diraja dari UK untuk menghadiri dan berhujah mengenai rayuan Najib. Mahkamah menetapkan 28 Jan untuk pengurusan kes seterusnya bagi menentukan langkah berikutnya untuk rayuan," katanya kepada pemberita di sini.
Pelantikan Peguam Diraja itu akan dibuat secara ad-hoc selepas mendapat kebenaran daripada mahkamah Malaysia.
Mahkamah juga menetapkan 15 dan 16 Mac untuk mendengar rayuan Najib untuk mengemukakan bukti baharu.
Pada 7 Dis lepas, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib untuk mengemukakan bukti baharu bagi rayuannya dalam kes SRC dengan memutuskan bahawa Najib gagal memenuhi Seksyen 61 Akta Mahkamah Kehakiman secara kumulatif bahawa bukti baharu diperlukan untuk keadilan dalam kes itu.
Sehari selepas itu, mahkamah sama mengekalkan sabitan serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC.
Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, yang mengetuai panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, menolak rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 28 Julai 2020.
Pada hari sama, Najib, 69, memfailkan notis rayuan kepada Mahkamah Persekutuan. - BERNAMA
Bernama
Mon Jan 24 2022

Datuk Seri Najib Tun Razak akan memohon Peguam Diraja dari UK untuk rayuannya bagi membatalkan sabitan serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi kes melibatkan dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan. - Gambar fail

Kes HFMD meningkat, 2,493 kes direkodkan di Kelantan -JKN
Terdapat 945 kes HFMD dilaporkan pada minggu epid 19 (8 14 Mei 2022) dengan peningkatan kes sebanyak 934 peratus.

Indonesia setuju Tajuddin dilantik sebagai Duta Besar Malaysia - PM
Ahli Parlimen Pasir Salak itu juga telah mendapat surat persetujuan daripada Presiden Jokowi.

Integriti halal | Pekemas gesa gantung lesen SICHMA, siasat pegawai JAKIM
SICHMA, yang merupakan badan halal yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) didakwa gagal memantau malah terlibat secara langsung untuk menutup pelbagai salah laku membabitkan rumah penyembelihan haiwan milik Thomas Foods International (TFI).

Yasin mula terima rawatan bipolar di HSB, sebutan kes pada 22 Jun - Peguam
Timbalan Pendakwa Raya, Norhashimah Hashim dan Maryam Jamilah Ab Manaff memohon tarikh sebutan kes untuk penyerahan laporan kimia berhubung kes berkenaan.

PRU15: PAS Sabah akan letakkan calon, yakin boleh menang
PAS akan meletakkan beberapa calon untuk bertanding bagi kerusi parlimen di Sabah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

DUN Sarawak: Tiga RUU dibentangkan termasuk perbekalan tambahan 2022
Tiga Rang Undang-Undang (RUU) dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada Mesyurat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Rabu.

Dasar Pandang Ke Timur boleh bantu Malaysia dalam pemulihan selepas pandemik - Tun M
Dasar Pandang Ke Timur boleh berfungsi sebagai platform untuk meneroka model pembangunan gergasi-gergasi Asia.

Permit Import (AP) makanan dimansuhkan - Perdana Menteri
Pemansuhan itu berkuatkuasa serta-merta dan ia kini terbuka kepada sesiapa sahaja untuk mengimport makanan dari luar negara.

AWANI Ringkas: HSR Bangkok-Kuala Lumpur
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pegawai kanan Kerajaan Sabah dan pesara ditahan terima rasuah RM700,000
Perbuatan mereka dikatakan sebagai balasan untuk melindungi aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah setiap bulan kepada Kementerian Kewangan Sabah (MOF).

Kes SRC: Mahkamah tetapkan 10 hari, mulai 15 Ogos dengar rayuan akhir Najib
Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 hari mulai 15 Ogos untuk mendengar rayuan akhir Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC.

SRC International: Najib kemuka 94 alasan dalam petisyen rayuan
Najib seterusnya mendakwa bahawa kedua-dua mahkamah tersilap fakta dan/atau undang-undang dalam setiap penemuan fakta yang tidak memihak kepadanya.

Najib dakwa bekas pengurusan SRC sebabkan kerugian berbilion ringgit
Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa berbilion ringgit dana SRC International Sdn Bhd telah diselewengkan melalui pelaburan meragukan yang dibenarkan oleh bekas pengarah dalam pengurusan terdahulu.

Najib perlu fail permohonan untuk diwakili Peguam Diraja selewat-lewatnya akhir Mei
Jika permohonan itu tidak berjaya, bekas Perdana Menteri tersebut perlu mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

Saman AS$1.18 bilion: Mahkamah Tinggi arah Najib fail pernyataan pembelaan
Saman AS$1.18 bilion difailkan SRC International Sdn Bhd terhadap bekas perdana menteri itu.

SRC peroleh injunksi mareva halang Najib pindahkan aset bernilai sehingga RM42 juta
Perintah itu dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Arief Emran Arifin pada satu prosiding dalam talian hari ini.

Isu kedudukan JAKIM, hutang 1MDB tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Abdul Latif Abdul Rahman mahu Perdana Menteri menjelaskan sama ada benar JAKIM kini diletakkan di bawah Majlis Raja-Raja.

SRC International: Permohonan rayuan Najib masukkan bukti baharu ditolak
Mahkamah Rayuan tidak melakukan sekarang kekhilafan dan tiada sebarang kesalahan yang membolehkan ia dirayu.

SRC International: Tujuh tuduhan Najib boleh dibatalkan, wujud konflik kepentingan - Peguam
7 pertuduhan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd membabitkan bekas PM boleh dibatalkan susulan kegagalan Hakim Datuk Mohd Nazlan mendedahkan jawatannya selaku antara lain setiausaha syarikat.

Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Najib tangguh rayuan berkaitan bukti baharu
Permohonan bekas perdana menteri itu supaya tarikh perbicaraan rayuan dilapangkan, ditolak menerusi hantaran e-mel pagi ini.