Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri majlis tahlil dan bacaan yasin untuk Allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak Hussein di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi di sini, malam tadi.

Turut hadir isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor; ibu Najib, Tun Rahah Mohd Noah; dan Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.

Majlis bermula selepas solat Maghrib itu dihadiri kira-kira 300 tetamu.

Allahyarham Tun Abdul Razak, perdana menteri kedua Malaysia, meninggal dunia pada 14 Jan 1976, di London kerana penyakit leukemia pada usia 53 tahun.