awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib diperkenan menghadap TMJ, isteri

Sinar Harian
Sinar Harian
15/02/2022
02:49 MYT
Najib diperkenan menghadap TMJ, isteri
Najib (kanan) bersama Tunku Ismail dan isteri baginda, Che' Puan Khaleeda. - Foto Facebook/Najib Razak
SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diperkenan menghadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama isteri baginda, Che' Puan Khaleeda Bustamam pada Isnin bagi membincangkan mengenai keperluan pembangunan secara menyeluruh di Johor dan Malaysia.
Najib menerusi satu hantaran di Facebook beliau pada Selasa berkata, pertemuan itu turut menyentuh mengenai sistem kebajikan rakyat yang lebih efektif bagi membantu mengurangkan beban kehidupan rakyat.
“Menjunjung kasih Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Yang Amat Mulia (YAM), Che’ Puan Khaleeda Bustamam atas perkenan menerima patik mengadap semalam (Isnin).
“Menyentuh mengenai pembangunan secara menyeluruh yang amat diperlukan bagi Johor dan Malaysia.
“Juga mengenai sistem kebajikan rakyat yang lebih efektif bagi membantu mengurangkan beban kehidupan rakyat,” katanya.
Mengulas lanjut, ahli Parlimen Pekan itu berkata, Johor juga mempunyai potensi besar malah menjadi pemangkin dan ‘gateway’ kepada kemajuan ekonomi negara.
Menurutnya, pelaburan, pekerjaan dan pembangunan wajar menjadi tiga fokus utama.
“Semoga ALLAH SWT melimpahkan kurnia, rahmat dan kesejahteraan buat Johor dan Malaysia, serta terus memberkati institusi diraja,” katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
#TMJ
#pembangunan menyeluruh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan