Datuk Seri Najib Razak hari ini berjanji akan menjadi Perdana Menteri bagi seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa mahupun ideologi politik.
"Cinta saya terhadap negara kita tidak mampu saya jelaskan dengan kata-kata, dan saya amat bangga serta bersyukur dengan pencapaian Malaysia sehingga ini.
"Saya percaya, jika kita bekerjasama sebagai satu bangsa negara, Insya-Allah kejayaan yang lebih besar lagi akan berada di dalam genggaman kita," kata Najib dalam entri terbaharu beliau di Blog 1Malaysia.
Dalam entri bertajuk 'Terima Kasih Malaysia' itu, Perdana Menteri juga berjanji kerajaan Barisan Nasional (BN) akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menolak fahaman ekstrem dan perkauman yang tidak memanfaatkan negara.
"Selain itu, kami juga akan meneruskan usaha untuk meningkatkan amalan konsep kesederhanaan atau wasatiyyah di kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia," katanya.
Najib yang juga Pengerusi BN turut merakamkan penghargaan terima kasih kepada para pengundi serta semua pihak kerana memberi kepercayaan kepada kepimpinan BN untuk terus mentadbir negara.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Ahad lepas, BN berjaya mengekalkan mandat untuk memerintah kerajaan pusat dengan majoriti mudah apabila memperoleh 133 kerusi Parlimen.
Najib juga berkata beliau telah berkhidmat sebagai penjawat awam hampir sepanjang pengalaman kerjayanya selama ini.
"Saya masih ingat lagi kali pertama saya dipilih menjadi Ahli Parlimen, kali pertama saya berucap di Parlimen dan kali pertama saya menjalankan tanggungjawab sebagai ketua jabatan kerajaan.
"Sepanjang empat tahun yang lalu, saya telah diberi peluang pula untuk berkhidmat untuk negara ini di peringkat tertinggi sebagai Perdana Menteri.
"Namun pencapaian paling bererti tercatat pada awal pagi Isnin lalu adalah apabila saya diberi mandat oleh rakyat untuk menyempurnakan segala perancangan dan pelaksanaan yang telah saya mulakan sejak empat tahun yang lalu," katanya.
Najib turut mengakui bahawa PRU13 merupakan pilihan raya yang paling sengit dalam sejarah negara.
Sepanjang beberapa minggu kebelakangan ini, katanya, banyak pandangan dan hujah-hujah yang berbeza ditawarkan kepada rakyat, malah ada yang menyemarakkan semangat, namun tidak kurang juga yang menimbulkan kemarahan dan prasangka.
"Kita baru sahaja menempuh satu proses demokrasi yang terbesar dan paling mencabar di negara kita.
"Di setiap kampung, pekan dan bandar, setiap rakyat telah berdebat, berkempen dan mengundi untuk masa hadapan negara," katanya.
Setelah tamatnya tempoh pilihan raya, Najib meminta semua pihak kembali ke arah kedamaian dan keharmonian demi Malaysia yang dicintai.
Bernama
Fri May 10 2013
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
Najib janji jadi Perdana Menteri bagi seluruh rakyat Malaysia
Datuk Seri Najib Razak berjanji akan menjadi PM bagi seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa mahupun ideologi politik.