Penganjuran rumah terbuka di kawasan perumahan bukti kepimpinan Barisan Nasional mahu sentiasa dekat dengan masyarakat.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, ia selaras dengan perjuangan mengekalkan keharmonian negara yang disulam dengan semangat perpaduan kental.

Perdana Menteri yang menghadiri majlis rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina anjuran MCA di Cheras berkata, sambutan itu memberi isyarat jelas bahawa BN adalah satu-satunya parti yang sudah lama mendahulukan rakyat.

Majlis rumah terbuka itu dihadiri pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum.

Ia berlangsung di padang bola sepak, Perumahan Sri Johor di Cheras.