Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu semua penganut Hindu maklum bahawa kerajaan komited meneruskan usaha meningkatkan kehidupan kaum India.

Beliau menyatakan demikian dalam entry terkini blog 1Malaysia, bertajuk 'Thaipusam 2013'.

Ujar Najib, kerajaan akan membantu semua penganut Hindu, dan bekerja bersama-sama kearah mengatasi cabaran yang dihadapi serta mengecapi kejayaan yang diusahakan.

Menurut beliau, segala perancangan yang diatur oleh kerajaan kepada kaum India akan tercapai berikutan kepercayaan yang berterusan yang diantara kerajaan dan rakyat.

Beliau turut mengambil peluang untuk mengucapkan selamat menyambut Thaipusam kepada semua kaum India.