awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib komited pastikan lebih banyak projek pembangunan di Sarawak

Bernama
Bernama
29/03/2016
00:20 MYT
Najib komited pastikan lebih banyak projek pembangunan di Sarawak
Sepanjang berada di Sarawak, perdana menteri melawat projek pembangunan di Sarawak, antaranya pembinaan Jalan Kapit-Song-Kanowit-Sibu sepanjang 102km. - Gambar fail
Datuk Seri Najib Razak berkata beliau akan memastikan lebih banyak projek pembangunan infrastruktur dilaksanakan di Sarawak.
Menurut perdana menteri, projek-projek pembangunan berkenaan sudah pasti akan memberi manfaat kepada rakyat negeri itu.
"Sejak tahun 2009, saya telah menegaskan bahawa tiada kumpulan yang akan ketinggalan dalam agenda pembangunan negara," katanya dalam catatan terbaharu blognya, NajibRazak.com.
Catatan itu dibuat susulan lawatan kerja dua hari beliau ke Sarawak pada hujung minggu ini.
"Dalam hasrat mencapai negara berpendapatan tinggi, saya sedar masih banyak lagi kawasan dan kelompok masyarakat terutamanya di Sabah dan Sarawak yang memerlukan perhatian Kerajaan Persekutuan dari segi masa dan kewangan," katanya.
"Oleh itu, kerajaan tidak pernah mengabaikan pembangunan negeri Sarawak dan sentiasa menyediakan peruntukan terutamanya dari sudut pembangunan infrastruktur, bekalan air bersih, bekalan elektrik serta penambahbaikan jalinan pengangkutan dan jalan raya dalam setiap bajet tahunan Kerajaan Persekutuan sejak saya mengambil alih tampuk kepimpinan sebagai perdana menteri.
"Ini turut digariskan dalam Manifesto Barisan Nasional. Malahan saya telah memastikan kerajaan meletakkan komitmen terhadap pembangunan negara dalam tempoh lima tahun akan datang, khususnya pembangunan di negeri Sarawak, dalam Rancangan Malaysia Ke-11," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata fokus lawatan beliau kali ini adalah untuk meninjau projek pembangunan di Sarawak yang telah diumumkan oleh kerajaan pusat.
Sepanjang berada di Sarawak, perdana menteri melawat projek pembangunan di Sarawak, antaranya pembinaan Jalan Kapit-Song-Kanowit-Sibu sepanjang 102km dan meninjau perkembangan pembinaan jambatan yang merentas Sungai Kanowit.
"Saya akan kembali semula melawat Sarawak dan memastikan lebih banyak projek pembangunan infrastruktur pemangkin akan dijalankan bagi memberi lebih banyak faedah kepada rakyat Sarawak. Insya-Allah!," katanya.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#BN
#Najib Razak
#Parti Pesaka Bumiputera Bersatu
#PBB
#PilihanRayaSarawak
#PRN
#Sarawak
#Sibu
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan