awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib lawat Bung Moktar di Pusat Perubatan Prince Court

Bernama
Bernama
20/02/2016
08:42 MYT
Najib lawat Bung Moktar di Pusat Perubatan Prince Court
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Ahli Parlimen Kinabtangan, Datuk Bung Mokhtar Radin di Pusat Perubatan Prince Court, Sabtu. Berada di sisi Bung Mokhtar, isteri beliau Datin Nor Asidah Alimuddin. - Foto Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini melawat anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin yang menerima rawatan pemindahan buah pinggang di Pusat Perubatan Prince Court di sini.
Najib berada kira-kira 15 minit di pusat perubatan itu untuk melawat Bung Mokhtar, diiringi Pengarah Perubatan, Perunding Pembedahan ENT Datuk Dr Kuljit Singh.
Isteri Bung Moktar, Datin Nor Asidah Alimuddin ketika ditemui Bernama berkata suaminya menerima rawatan di pusat perubatan itu hampir dua minggu selepas menjalani pembedahan buah pinggang di luar negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika bergambar 'selfie' bersama Anggota Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin dan isteri Datin Nor Asidah Alimuddin di Pusat Perubatan Prince Court hari ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika bergambar 'selfie' bersama Anggota Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin dan isteri Datin Nor Asidah Alimuddin di Pusat Perubatan Prince Court hari ini. - Foto Bernama
"Keadaannya semakin pulih dan doktor menasihatkan dia (Bung Mokhtar) berehat," katanya.
Dalam lawatan ke hospital itu, Najib turut melawat seorang pesakit dari Pekan, Pahang, Mohd Nawawi Mohd Arif, 26, yang menerima rawatan akibat jangkitan kuman.
Bapanya, Mohd Arif Ismail berkata Najib seorang pemimpin berhati mulia kerana dalam kesibukan menjalankan tugas, perdana menteri masih boleh meluangkan masa menziarahi anaknya yang dimasukkan di hospital itu lima hari lepas.
Perdana Menteri yang segak dengan pakaian kemeja biru kemudiannya melawat Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia Tan Sri Kenneth Eswaran yang turut menerima rawatan di hospital itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempat meluangkan masa mengunjungi Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI), Tan Sri Kenneth Eswaran. - Foto Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempat meluangkan masa mengunjungi Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI), Tan Sri Kenneth Eswaran. - Foto Bernama
Topic Berkaitan
#Bung Moktar Radin
#Najib Tun Abdul Razak
#prince court
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan