awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib promosi Malaysia kepada pengurus dana Amerika, ketua perniagaan

Bernama
Bernama
26/09/2014
03:43 MYT
Najib promosi Malaysia kepada pengurus dana Amerika, ketua perniagaan
Najib menemui 15 pengurus dana diikuti pertemuan bersama pelabur dan pemimpin perniagaan.
Tanpa membaca teks ucapan yang disediakan, Datuk Seri Najib Tun Razak bertindak sebagai jurujual nombor satu Malaysia apabila mempromosi negara kepada pengurus dana, pelabur dan pemimpin perniagaan, di sini pada Khamis.
Perdana Menteri menghadiri pelbagai mesyuarat secara berterusan selain perbincangan semasa makan tengah hari bersama mereka.
Beliau menemui 15 pengurus dana yang mengurus kira-kira US$8 trilion (RM25.6 trilion) dana di seluruh dunia, diikuti pertemuan bersama pelabur dan pemimpin perniagaan.
Dalam usaha menarik mereka untuk menanam modal dan menjalankan perniagaan di Malaysia, Najib mengetengahkan kestabilan politik dan ekonomi yang kukuh sebagai tarikan utama.
Beliau memperkukuh kenyataannya dengan menyebut mengenai kedudukan Malaysia di tempat keenam di dunia dari segi mudahnya menjalankan perniagaan oleh Bank Dunia, tempat ke-20 dalam senarai daya saing dunia oleh Forum Ekonomi Dunia dan di tangga ketiga terbaik dalam pasaran pesat membangun oleh Bloomberg.
Topic Berkaitan
#najib
#pelabur
#pemimpin perniagaan
#promosi Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan