awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib raikan Gabenor Jeneral Australia dan isteri pada majlis makan malam

Bernama
Bernama
13/08/2015
18:21 MYT
Najib raikan Gabenor Jeneral Australia dan isteri pada majlis makan malam
Sir Peter and Lady Cosgrove tiba pada Selasa untuk lawatan lima hari. - Foto BERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi meraikan Gabenor Jeneral Australia Sir Peter Cosgrove AK MC (B) dan isteri Lady Lynne Cosgrove pada satu jamuan makan malam di Seri Perdana di sini.
Isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup, Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa turut menghadiri majlis itu.
Selepas meyambut ketibaan mereka, Najib mengiringi Sir Peter dan Lady Cosgrove ke ruang hidangan di luar Dewan Protokol dan meluangkan masa untuk memperkenalkan buah-buahan tempatan yang dipamerkan kepada mereka.
Antara buah-buahan itu ialah durian, nangka, manggis, nanas dan jambu batu.
Para tetamu kemudian dijamu dengan sajian Barat dan menikmati buah-buahan tempatan.
Sepanjang majlis itu, orkestra kanak-kanak Permata Seni menghiburkan para tetamu dengan pelbagai lagu termasuk lagu tema Pink Panther, lagu medley ABBA serta lagu joget dan inang.
Sir Peter dan Lady Cosgrove, yang tiba di ibu negara pada Selasa, adalah dalam lawatan negara lima hari ke Malaysia.
Ini merupakan lawatan pertama Sir Peter ke Malaysia sejak dilantik sebagai Gabenor Jeneral Australia yang ke-26 pada 2014.
Menurut kenyataan Wisma Putra, Sir Peter dan Lady Cosgrove dijadual melawat Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Butterworth, Pulau Pinang esok dan menemui anggota-anggota Pasukan Pertahanan Australia yang bertugas di sana.
Pada Sabtu, mereka akan ke Sandakan, Sabah untuk menghadiri sambutan Ulang Tahun Ke-70 Hari Peringatan Sandakan, sebelum pulang ke Australia.
Topic Berkaitan
#Makan Malam
#Najib Razak
#Perdana Menteri
#Peter Cosgrove
#Seri Perdana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan