Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyertai pemimpin-pemimpin negara Arab dan Islam pada satu sidang kemuncak dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di ibu negara Arab Saudi ini pada Ahad.
Najib adalah antara pemimpin termasuk Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud dan Trump yang dijadualkan berucap pada sidang kemuncak bersejarah itu, yang menyenaraikan keselamatan dan memerangi keganasan sebagai agendanya.
Lebih 50 pemimpin Arab dan Islam akan menghadiri Sidang Kemuncak Negara Arab, Islam dan Amerika Syarikat itu di Pusat Konvensyen Raja Abdulaziz, yang dinamakan sempena raja pertama Arab Saudi.
Najib, yang dijadual tiba di sini pada Sabtu, akan diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pertahanan dan Menteri Tugas-tugas Khas Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Antara pemimpin yang dijemput menyertai sidang kemuncak itu adalah Raja Abdullah II dari Jordan, Raja Mohammed VI dari Maghribi, Presiden Yaman Abedrabbo Mansour Hadi, Perdana Menteri Pakistan Nawaz Sharif, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Presiden Indonesia Joko Widodo.
Arab Saudi bakal menjadi negara pertama yang dikunjungi Trump sejak dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat pada Januari lepas.
Semasa lawatan kerja tiga hari itu, Najib dijadual menghadap Raja Salman, Putera Mahkota Mohammad Bin Naif Al-Saud yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri serta Timbalan Putera Mahkota Mohammed Bin Salman Al- Saud yang juga Timbalan Perdana Menteri kedua dan Menteri Pertahanan Arab Saudi.
Najib juga dijadual menghadiri perasmian Pusat Global bagi Memerangi Ideologi Ekstremis di Istana Nasiriyah di sini pada Ahad.
Pada Isnin, Najib akan bertemu Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hassina di ibu negara ini, yang terletak di dataran padang pasir.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 19 2017
Pemandangan bandar Riyadh yang bakal menerima pemimpin-pemimpin negara Arab, Islam dan Amerika Syarikat pada Sidang Kemuncak Negara Arab, Islam dan Amerika Syarikat minggu ini. --fotoBERNAMA
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Mesyuarat pertama SMCC bukti hubungan kukuh Malaysia-Arab Saudi
SMCC merupakan mekanisme dua hala yang ditubuhkan untuk mempromosikan kerjasama dan berfungsi sebagai badan penyelaras antara kedua-dua negara.
Malaysia, Arab Saudi terus perkukuh hubungan melalui pemeteraian dua MoU
Kedua-dua MoU ditandatangani oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan di ibu pejabat Kementerian Luar Arab Saudi di sini.
Menteri Luar Mohamad tiba di Riyadh untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi
Pesawat yang membawa Mohamad mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid pada 11.35 pagi waktu tempatan.
Arab Saudi siap sedia untuk Piala Dunia FIFA 2034 - Benzema
Karim Benzema yang kini bermain untuk Al-Ittihad, yakin Arab Saudi mampu menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034' berdasarkan persediaan yang sedang dilakukan.
RM3.1 bilion ditawarkan andai Mike Tyson mampu tumbangkan Jake Paul
Walaupun tewas di tangan Jake Paul dalam aksi yang lalu, namun ia bukanlah pengakhiran buat Mike Tyson untuk terus berada di atas gelanggang.
Arab Saudi henti perjanjian pertahanan dengan AS - Laporan
Riyadh kini menumpukan perhatian pada perjanjian kerjasama ketenteraan yang lebih sederhana.
PM Anwar ucap penghargaan kepada Arab Saudi
Pertemuan dengan Mohammed memberi ruang kepada dua pemimpin itu menyentuh pelbagai aspek hubungan Malaysia-Arab Saudi, khususnya perdagangan dan pelaburan.
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
Arab Saudi anjur Sidang Kemuncak Arab-Islam tangani pencerobohan Israel di Palestin, Lubnan
Keganasan di Palestin dan Lubnan, termasuk pencerobohan kejam Israel, telah memaksa pemimpin Arab dan Islam untuk mengambil tindakan segera.