awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib tiba di mahkamah, hadiri kes pinda laporan audit 1MDB

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
26/08/2022
01:15 MYT
Najib tiba di mahkamah, hadiri kes pinda laporan audit 1MDB
Kenderaan dipercayai membawa Najib tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 8.48 pagi. -Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Kenderaan membawa Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat memasuki Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur jam 8.48 pagi tadi.
Bekas Perdana Menteri itu hadir ke mahkamah bagi menghadiri perbicaraan kes pindaan laporan audit 1MDB yang turut membabitkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.
Difahamkan Najib menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna hitam diiringi beberapa kenderaan polis dan juga kenderaan dari Jabatan Penjara.
Begitupun, cubaan untuk melihat wajah Najib tidak berjaya berikutan kereta dinaiki menggunakan cermin gelap.
Sementara itu, beberapa penyokong beliau juga dilihat berada di luar mahkamah dan melambai ke arah kenderaan tersebut sambil memanggil "Datuk Seri" berulang kali ketika konvoi tiba.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Kes SRC: Mahkamah kekal sabitan dan hukuman, Najib dipenjara 12 tahun, denda RM210 juta
Ahli Parlimen Pekan itu didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.
Arul Kanda, 45, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan tersebut bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 22 dan 26 Feb 2016.
Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 23 (1) dan 24 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Najib Razak
#Arul Kanda Kandasamy
#kompleks mahkamah kuala lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan