awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib ucap selamat hari lahir kepada Zahid

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
04/01/2024
08:05 MYT
Najib ucap selamat hari lahir kepada Zahid
Najib turut mendoakan kesejahteraan buat Timbalan Perdana Menteri itu. - Gambar/ IG najib_razak
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengucapkan selamat hari lahir kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerusi laman Instagram (IG) beliau pada Khamis.
Menerusi ‘IG story’ yang dimuat naik kira-kira sejam lepas, Najib turut mendoakan kesejahteraan buat Timbalan Perdana Menteri itu.
“Selamat menyambut ulang tahun kelahiran kepada YAB Dato' Sri @ahmadzahidhamidi
“Semoga Allah SWT sentiasa kurniakan kesihatan baik dan dipanjangkan umur,” kata Najib di laman IG yang difahamkan dikendalikan oleh individu lain sebagai pentadbir yang dipercayainya.
Selain Najib, Datuk Seri Ahmad Maslan turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Presiden UMNO itu di laman X.
“Selamat ulang tahun hari kelahiran YAB DS @DrZahidHamidi, Presiden #UMNO / #TPM1 / Pengerusi #BN.
“Moga sentiasa diberi Allah kesihatan, keselamatan, keberkatan, kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat,” tulisnya.
Ahmad Zahid juga sempat membalas ucapan tersebut malah berseloroh, bertanya sama ada Ahmad boleh menyediakan nasi goreng untuknya.
“Ameen. Terima kasih YB @ahmadmaslan. Hari ini boleh masak nasi goreng untuk saya?” balas beliau.
Ahli Parlimen Pontian itu diketahui kerap berkongsikan pelbagai resipi masakan termasuk nasi goreng di laman sosialnya.
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#ucapan selamat hari lahir
#Zahid Hamidi
#Ahmad Maslan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan