Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yakin Barisan Nasional (BN) berupaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kekuatan jentera BN membolehkan matlamat itu dicapai.

Berdasarkan pemerhatian beliau, gelombang biru menjadi fenomena kuat yang sedang melanda negeri yang dikuasai blok pembangkang.

Tambah beliau, percaturan strategi kempen di beberapa tempat di Semenanjung juga menunjukkan kesan positif walaupun di kawasan kubu kuat pembangkang.

Malah pengundi di kebanyakan kawasan juga cenderung melihat isu setempat.

Beliau juga menyangkal dakwaan dan tohmahan pembangkang yang memperlekehkan inisiatif pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di dalam kempen serta ceramah.

Tegasnya, impak BR1M amat besar dalam menjana aktiviti perekonomian setempat selain membantu meringankan beban masyarakat.