Kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan insiden murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Puteri Resort di Pasir Gudang, di sini, mengalami sesak nafas dan muntah-muntah yang berulang turut berpunca daripada pencemaran najis dan hama burung merpati di beberapa bilik darjah sekolah terbabit.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan negeri Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata pencemaran najis dan hama itu yang berlaku sejak sekian lama menyebabkan bau yang kurang menyenangkan.
"Ini mungkin juga antara faktor-faktornya (penyebab murid sesak nafas dan muntah). Jadi kita minta Kementerian Pendidikan agar segera mengatasinya," katanya kepada pemberita selepas melawat sekolah itu di sini, hari ini.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi, Aminolhuda Hassan yang turut melawat sekolah berkenaan berkata najis burung itu tidak hanya di lantai kelas malah turut didapati di ruang balkoni tingkat empat sekolah terbabit.
"Perkara ini dah lama nampaknya. Kalau tidak mana mungkin boleh banyak najis.
"Saya juga dimaklumkan bahawa pihak kementerian telah pun datang melawat dan diharap tindakan menutup ruang kemasukan burung ke dalam bumbung kelas serta kerja-kerja pembersihan dapat dilaksanakan segera kerana kesannya dapat dilihat dari segi pernafasan yang mana tidak sesuai untuk kanak-kanak terutama yang masih bawah 12 tahun," katanya.
Selain itu, beliau juga meminta pihak sekolah dan guru agar menggunakan kelas-kelas lain buat sementara waktu untuk mengajar murid bagi mengelak pencemaran najis mengganggu pernafasan murid.
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Johor Dr Selahuddeen Abd Aziz berkata pencemaran najis burung itu boleh mengakibatkan simptom sesak nafas yang lebih teruk berbanding yang dialami murid sekarang.
"Dalam istilah kesihatan, kita sebut ia sebagai sebagai 'pneumonitis over lung' yang membawa kepada beberapa simptom antaranya sesak nafas, namun ia bergantung kepada tempoh berapa lama mereka terdedah kepada pencemaran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 23 2019
Mohd Khuzzan (kiri), Aminolhuda (dua, kanan), Dr Selahuddeen (dua, kiri) dan Guru Besar SK Tanjung Puteri Resort Padzlan Monthel (kanan) meninjau keadaan kelas yang terpaksa dikosongkan ekoran dipenuhi najis burung di siling bumbung. --fotoBERNAMA
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
Bapa mentua Aminolhuda meninggal dunia akibat strok
Bapa mentua kepada Ahli Parlimen Sri Gading Aminolhuda Hassan meninggal dunia akibat strok, di Hospital Sultanan Aminah (HSA) di sini pagi tadi.
Jawatankuasa induk jentera pilihan raya PH Johor dibentuk
Jawatankuasa itu akan diketuai Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan bagi menghadapi PRK kedua kerusi berkenaan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub, pada 23 Julai lepas.
Amanah Johor harap anak tempatan jadi calon PRK
Aminolhuda berkata, perkara tersebut antara yang dicapai hasil mesyuarat yang diadakan bersama pimpinan Amanah negeri.
Muhyiddin mohon peruntukan RM300,000 kepada Ahli Parlimen bantu mangsa banjir
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencadangkan supaya jumlah bantuan berkenaan dinaikkan.
PRU15: Wujudkan polisi pengambilan pekerja asing - Calon
Syarikat industri turut digesa mengutamakan pengambilan pekerja tempatan berbanding warga asing.
PRN Johor: PH buat 'post mortem' segera kaji silap dan kekurangan
Pakatan Harapan (PH) akan melakukan 'post mortem' dalam kadar segera bagi memastikan kelemahan, kekurangan dan kesilapan sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dapat diperbaiki.
PRN Johor: PH umum tiga teras tawaran kepada rakyat Johor
Ia masing-masing melibatkan teras membina semula ekonomi rakyat; menjamin kesejahteraan rakyat; serta mewujudkan pentadbiran bersih, cekap dan bermaruah.
PH Johor, MUDA bincang kerjasama hadapi PRN
Pakatan Harapan (PH) Johor mengadakan perbincangan dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bagi menjalin kerjasama dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Beri laluan hingga akhir penggal, PRN Johor dalam masa terdekat tidak wajar
Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan menegaskan, kerajaan negeri yang dipimpin Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad itu disaran untuk terus mentadbir jentera kerajaan sehingga akhir penggal.
18 kerusi DUN Johor 'ditinggalkan' Bersatu akan dibahagi secara muafakat dalam PH
Sebuah jawatankuasa pengagihan kerusi DUN antara Parti Amanah Negara (Amanah), DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga sudah ditubuhkan di peringkat negeri.