awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nak cari wang lebih, tauke durian sanggup jual mercun tanpa permit

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
20/05/2020
01:17 MYT
Nak cari wang lebih, tauke durian sanggup jual mercun tanpa permit
Polis merampas mercun dan bunga api yang disyaki dijual tanpa kebenaran dalam kereta seorang lelaki yang ditahan di tepi jalan dekat Taman Nuri, Alor Setar, 19 Mei, 2020. - Astro AWANI
Kerana permintaan mercun terlalu tinggi ketika ini, seorang penjual durian sanggup beralih perniagaan dengan menjual mercun dan bunga api menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Malah tindakan lelaki itu lebih berani dengan menjual bunga api dan mercun secara terbuka di tepi jalan dekat Taman Nuri, di sini.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata, lelaki itu ditahan anggota Balai Polis Alor Setar pada jam 7 malam Selasa ketika sedang menunggu pelanggan di kawasan itu.
"Hasil pemeriksaan, anggota menemui sejumlah mercun dan bunga api dalam kotak di belakang but kereta Proton Wira milik lelaki itu, selain sebahagian lagi ditemui di tempat duduk belakang kenderaan tersebut.
"Lelaki itu telah ditangkap, barang perniagaannya telah dirampas dan akan diambil tindakan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan dan Kakisan.
"Saya menyeru kepada masyarakat supaya tidak mengambil mudah undang-undang sedia ada.
"Sekiranya ingin menjual atau berniaga, pastikan barang itu dibenarkan oleh undang-undang dan permohonan terlebih dahulu dibuat kepada polis daerah," katanya.
Tambah beliau, ketika ditahan lelaki berusia 37 tahun itu memberi alasan hendak mencari wang lebih kerana nilai mercun tinggi ketika ini ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bahkan, lelaki itu juga mendakwa kononnya mempunyai permit untuk menjual barang larangan itu namun polis merampas kesemua bunga api dan mercun itu untuk siasatan lanjut.
"Dia juga memberi alasan hendak menghabiskan jualan mercun dan bunga api itu yang dibeli sejak Tahun Baru Cina untuk mengelakkan kerugian," tambah Rozi.
Semua mercun dan bunga api yang dirampas dianggarkan bernilai RM7,000 dan hasil siasatan mendapati, lelaki itu tidak mempunyai rekod terbabit dalam kegiatan penjualan mercun sebelum ini.
Jelas Mohd Rozi lagi, ini adalah kes pertama membabitkan tangkapan mercun ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika musim perayaan ini.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Alor Setar
#barang larangan
#bunga api
#but kereta
#COVID-19
#hari raya
#jual mercun secara terbuka
#mercun
#Mohd Rozi Jidin
#penjual durian
#permit
#PKPB
#polis
#rampas
#Tahun Baru Cina
#Taman Nuri
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan