awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nama Fadillah Yusof sekali lagi digunakan untuk akaun FB palsu

Bernama
Bernama
25/12/2023
10:16 MYT
Nama Fadillah Yusof sekali lagi digunakan untuk akaun FB palsu
Fadillah berkata aduan telah dibuat kepada pihak Facebook untuk tindakan lanjut berhubung akaun palsu tersebut. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini memaklumkan akaun Facebook yang menggunakan gambar profil beliau dengan nama 'Haji Fadillah Yusuf' adalah palsu.
Menerusi hantaran ringkas di Facebook rasminya, beliau berkata ia merupakan akaun palsu yang direka oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
"Mohon abaikan mesej-mesej yang dihantar," menurut hantaran yang dibuat di Facebook rasminya hari ini.
Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam berkata aduan telah dibuat kepada pihak Facebook untuk tindakan lanjut berhubung akaun palsu tersebut.
Sementara itu tinjauan Bernama di Facebook 'Haji Fadillah Yusuf' mendapati akaun berkenaan mempunyai 379 kawan dengan 'posting' pertama di akaun berkenaan adalah pada 12 Nov lepas yang memuat naik poster ucapan Selamat Hari Deepavali.
Pada 20 Nov lepas, Fadillah mengesahkan terdapat individu cuba melakukan penipuan dengan menggunakan gambar profil beliau untuk mewujudkan WhatsApp, Telegram serta Facebook palsu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fadillah Yusof
#Timbalan Perdana Menteri
#Facebook
#akaun palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan