awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nama Jho Low, bapa tiada dalam notis Interpol kerana perlu ikut protokol - KPN

Bernama
Bernama
19/09/2018
09:29 MYT
Nama Jho Low, bapa tiada dalam notis Interpol kerana perlu ikut protokol - KPN
Pada 24 Ogos lalu, Mahkamah Sesyen Putrajaya mengeluarkan waran tangkap terhadap Jho Low (kiri) dan bapanya, Tan Sri Low Hock Peng (kanan), bagi membantu siasatan berhubung skandal 1MDB. - Gambar fail
Proses permohonan untuk menyenaraikan seseorang individu pada notis Interpol bergantung kepada protokol Interpol dan ia mengambil masa kerana perlu melalui proses teliti yang ditetapkan oleh agensi antarabangsa itu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam satu kenyataan hari ini, berkata demikian merujuk kepada laporan portal berita arus perdana "Jho Low, bapa tiada dalam senarai Interpol" yang disiar pada Selasa.
BACA: Siapa sebenarnya Low Hock Peng, bapa Jho Low?
BACA: Walaupun jasad 'hilang', tapi Jho Low tetap beraksi
Beliau turut menjelaskan berlandaskan protokol yang sama, pihak Interpol juga akan menetapkan sama ada nama yang tersenarai akan dipaparkan untuk tatapan umum atau pihak berkuasa yang berkaitan sahaja.
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mahu timbul sebarang kekaburan yang boleh mewujudkan salah faham atau persepsi yang tidak benar berhubung tindakan pihak berkuasa terhadap Low Taek Jho dan bapanya," kata beliau.
Pada 24 Ogos lalu, Mahkamah Sesyen Putrajaya mengeluarkan waran tangkap terhadap jutawan kontroversi itu dan bapanya, Tan Sri Low Hock Peng, bagi membantu siasatan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). -- Bernama
Topic Berkaitan
#1MDB
#fuzi harun
#Interpol
#Jho Low
#Ketua Polis Negara
#Low Hock Peng
#Low Taek Jho
#SRC International
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan