SARIKEI: Kewujudan tanah gambut yang subur membolehkan Kampung Sumping yang didiami masyarakat Iban di Muara Payang di sini menjadi antara kawasan paling aktif mengeluarkan nanas untuk daerah ini.
Sehingga kini, hampir semua 11 keluarga yang mendiami kampung itu terlibat dengan penanaman nanas jenis (baka) Sarikei.
Antara yang terlibat aktif dengan penanaman itu adalah ketua kampungnya Sumping Bayi, 56, yang memberitahu tanaman diusahakan secara kecil-kecilan di Tanah Hak Adat (NCR) Bumiputera masing-masing, menerusi bantuan modal Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia.
"Bantuan diberi cuma RM3,000 tetapi cukup sebagai modal permulaan membeli benih. Ramai telah mendapat manfaat, saya sendiri berjaya mengusahakan 0.4 hektar daripada keseluruhan 1.6 hektar tanah dimiliki dengan tanaman nanas, yang dapat mengeluarkan hasil sekitar 3,000 biji setiap kali tuaian.
"Di kampung ini, musim tuaian kebiasaannya pada Januari atau Ogos dan hasil tanaman akan dijual di Pasar Tamu Sentral Sarikei," katanya kepada Bernama.
Menurut beliau, walaupun keuntungan tidak banyak kerana nanas dijual antara RM3.50 hingga RM7 (bergantung pada saiz), tetapi ia boleh menampung kos kehidupan keluarga penduduk yang tidak mempunyai pendapatan tetap.
Oleh kerana penanaman nanas itu berpotensi untuk mengubah kehidupannya, Sumping merancang untuk meluaskan kawasan tanaman nanasnya kepada 20,000 anak pokok berbanding hanya kira-kira 3,500 anak pokok ketika ini.
Seorang lagi penduduk, Ansi Uman, 67, pula berkata oleh kerana permintaan tinggi terhadap buah nanas Sarikei, beliau enggan menoleh ke belakang lagi malah menanam impian untuk meluaskan lagi tanamannya seperti Sumping.
Bagaimanapun beliau sedar ketiadaan jalan yang menghubungkan terus penduduk dengan pekan Sarikei, mungkin melambatkan perancangannya dalam mengembangkan kawasan tanaman.
"Sekarang semua urusan penduduk termasuk untuk memunggah hasil nanas untuk dijual ke pekan Sarikei perlu menggunakan pengangkutan bot selama 45 minit merentasi Sungai Rajang.
"Justeru kami berharap projek Jalan Pasi-Tanjong Manis merangkumi Jambatan Batang Rajang yang diumumkan kerajaan negeri sebelum ini dapat menyelesaikan masalah kami, kerana Muara Payang akan dihubungkan dengan kawasan sekitar dan lebih banyak hasil tanaman dapat dipunggah untuk dijual ke pasaran setempat," kata Ansi.
Kerajaan Sarawak sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah mempromosikan Sarikei sebagai 'Food Basket Of Sarawak' serta Pusat Agropolis Wilayah Zon Tengah.
Projek Jalan Pasi-Tanjong Manis bernilai RM321 juta dan dijangka siap pada 2023 itu adalah komitmen kerajaan Sarawak untuk meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat termasuk Muara Payang yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Rajang.
Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12, DUN Kuala Rajang akan menyaksikan pertembungan empat penjuru antara penyandang kerusi Datuk Talif @ Len Salleh dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta Wong Ling Ching dari Parti Bumi Kenyalang, dan dua calon bebas yakni Datuk Seri Abang Aditajaya Abang Alwi dan Abdul Mutalip Abdullah.
Pada PRN 2016, Len meraih 6,235 undi untuk menewaskan calon Amanah, Sopian Junaidi dan calon bebas Asbor Abdullah.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian PRN12 pada 18 Dis ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 13 2021
Penanam nanas dari Kampung Sumping, Sumping Bayi membersihkan semak samun di kawasan Tanah Adat Bumiputera (NCR) yang digunakan sebagai kawasan tanaman nanas secara kecil-kecilan. - Bernama
Malaysia jinakkan Jepun, jumpa India di suku akhir
Seperti dijangka Malaysia mara ke peringkat suku akhir acara berpasukan dengan bergaya selepas membenam cabaran Jepun 3-0 pada perlawanan terakhir Kumpulan C kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa pada Jumaat.
KT046 bawa 283 jemaah, kumpulan pertama tiba di Jeddah
Sebanyak 53 penerbangan ke Jeddah mula tiba Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz Jeddah pada Jumaat dengan penerbangan pertama ialah KT46 yang membawa seramai 283 jemaah dan selamat tiba pada 9.01 pagi Jumaat (waktu Arab Saudi).
Tingkatkan empati, dialog terbuka untuk jamin keamanan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usahanya menangani ancaman ketaksuban, kecelaruan dan sikap tidak bertoleransi yang mengancam untuk memecahbelahkan masyarakat dan menjejaskan keamanan, menyeru agar rasa empati dan dialog terbuka dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum, latar belakang dan agama dtingkatkan lagi.
Anwar bidas kritikan Hamzah berkenaan penyasaran subsidi
Media baru-baru ini melaporkan Hamzah mendakwa pengumuman Anwar menimbulkan rasa kurang senang orang ramai serta gagal menyatakan secara tepat bila subsidi akan dihapuskan.
“Dia pernah jadi menteri, kenapa dia tanya soalan seperti itu? Benda ini dilakukan sejak sebelum merdeka,” respon Perdana Menteri.
“Dia pernah jadi menteri, kenapa dia tanya soalan seperti itu? Benda ini dilakukan sejak sebelum merdeka,” respon Perdana Menteri.
Jenazah Sarjan Faridah selamat diterbangkan ke Kedah
Jenazah Allahyarham tiba di Pangkalan Udara Subang jam 4.56 pagi daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Astro, RTM tayang saluran khas 24 jam #Malaysia4Palestine mulai esok
Astro, RTM tayang saluran khas, #Malaysia4Palestine selama 24 jam sebagai tanda sokongan tanpa henti terhadap Palestin pada 25 Mei.
Israel tiada pilihan wajib patuh keputusan ICJ
Israel perlu wajib dan patuh atas keputusan yang dikeluarkan oleh ICJ berdasarkan perjanjian yang pernah dilakukan sebelum ini.
Keputusan ICJ bagus, tetapi tidak memuaskan - Penyokong
Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) supaya menghalang operasi ketenteraan Israel di Rafah adalah bagus, tetapi tidak memuaskan.
Ia disuarakan sekumpulan kecil penunjuk perasaan pro-Palestin berkumpul di luar Mahkamah ICJ pada Jumaat yang menyeru tindakan lebih tegas diambil.
Ia disuarakan sekumpulan kecil penunjuk perasaan pro-Palestin berkumpul di luar Mahkamah ICJ pada Jumaat yang menyeru tindakan lebih tegas diambil.
[TERKINI] Malaysia sokong keputusan ICJ, seru tekanan terhadap Israel
Malaysia mengalu-alukan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (International Court of Justice - ICJ) untuk mengenakan langkah-langkah sementara tambahan.
Ia berhubung kes berkaitan Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid di Gaza antara Afrika Selatan dan Israel.
Ia berhubung kes berkaitan Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid di Gaza antara Afrika Selatan dan Israel.
Buktikan mampu menang tanpa Faisal, Arif Aiman
Sulaiman berkata, ketiadaan kedua-dua pemain itu membuka ruang buat pemain lain yang dipanggil untuk menyerlahkan keupayaan mereka.
Pasaran nanas diperluas ke Osaka, Jepun - LPNM
Pasaran nanas MD2 kini telah diperluaskan ke Osaka sekali gus menyumbang kepada peningkatan jumlah eksport negara, kata Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Sheikh Umar Bagharib Ali.
Terapi nanas buka lembaran baharu buat penghuni Puspen Jelebu
Dengan kemahiran yang dipelajari, saya merancang untuk menjual tart nanas sebagai permulaan kehidupan baharu saya, kata Abang Chik.
Nilai eksport produk nanas dijangka cecah RM1.3 bilion tahun ini
Nilai eksport produk berasaskan nanas negara dijangka boleh mencecah sehingga RM1.3 bilion pada tahun ini selari dengan trend peningkatan.
Banjir: 54 pekebun nanas di Johor rugi RM8.41 juta - LPNM
Seramai 54 pekebun nanas di Johor mengalami kerugian bernilai RM8.41 juta, selepas kawasan tanaman seluas 99.35 hektar terjejas akibat banjir.
Eksport nanas negara tunjuk trend peningkatan dari 2016 hingga 2020
Eksport nanas Malaysia menunjukkan trend peningkatan dari 2016 hingga 2020 dengan pertambahan permintaan dari China dan Timur Tengah terutama bagi varieti MD2, N36 dan Josapine.
Sarawak mungkin atasi Johor sebagai pengeluar nanas terbesar negara
Sarawak juga mempunyai seramai 700 hingga 900 petani yang terlibat dengan penanaman nanas di negeri ini sejak RMK-11, dengan paling ramai mereka di Bahagian Samarahan.
Nanas bantu penduduk Iban di perkampungan Muara Payang tambah pendapatan
Sehingga kini, hampir semua 11 keluarga yang mendiami kampung itu terlibat dengan penanaman nanas jenis (baka) Sarikei.
Alumni UMK jadi 'tauke' nanas raih pendapatan lumayan
Bidang agro tani mampu memberi pulangan lumayan sekiranya diusahakan secara serius dan komited.
Nanas kembar lapan jadi tarikan di Alor Setar
Daripada 2,000 pokok yang ditanamnya, sebiji nanas dari baka MD2 didapati bercantum dan berbentuk seperti kipas.
LPNM seru lebih ramai terlibat tanam nanas
LPNM tawar bantuan kepada pemain industri yang berminat dengan tanaman itu, termasuk latihan dan menjadi pemudah cara dalam pemberian insentif.