ROMPIN: Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) menyeru lebih banyak pihak melibatkan diri dalam bidang penananam nanas khususnya jenis MD2, yang masih kurang penghasilannya, sedangkan permintaan di pasaran amat tinggi.
Pengerusi LPNM Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, pihaknya menawarkan pelbagai bantuan kepada pemain industri yang berminat dengan tanaman itu, termasuk latihan dan menjadi pemudah cara dalam pemberian insentif bagi meningkatkan pengeluaran nanas negara.
"Setakat kini, kapasti negara untuk mengeluarkan nanas ialah 4,000 tan metrik dengan nilai lebih RM500 juta setahun. Walaupun begitu, jumlah tersebut masih belum mencukupi bukan sahaja untuk pasaran nanas MD2 di luar negara, bahkan juga untuk pasaran tempatan.
"Kita sudah merancang untuk melebarkan sayap penanaman nanas ke Sabah bagi meningkatkan pengeluaran dan meluaskan penanamannya dari 16,000 hektar kepada 20,000 hektar, selari dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12)," katanya.
Dr Sahruddin ditemui pemberita pada Program Lawatan Kerja ke Rompin Integrated Pineapple Plantation (RIPP) dan Penyampaian Insentif PRE Prihatin di Kampung Tanam di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan LPNM Mohd Khairuzamri M. Salleh, Pengurus Besar Rompin Integrated Pineapple Industries Sdn Bhd (RIPI) Mohd Hiswandi Aris dan Pengurus Besar Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Datuk Mohd Mazlan Sharudin.
Pada majlis itu, Dr Sahruddin juga menyampaikan insentif PRE Prihatin kepada pengeksport nanas iaitu pihak RIPI antaranya 130 unit bakul pemasaran buah, dua unit mesin pengikat dan lapan unit tali pinggang pengikat.
Untuk rekod, projek RIPP mula dibangunkan pada Oktober 2010 dan siap sekitar April 2015 dengan kos pelaburan hampir RM50 juta di bawah ECERDC, dan pelaburan swasta sebanyak RM180 juta, dengan luas keseluruhan tanah ialah 575.24 hektar.
Objektif projek itu antaranya ialah mengurangkan jurang perbezaan ekonomi dan meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat setempat terutama masyarakat Orang Asli, mewujudkan peluang keusahawanan dengan sistem pemasaran efisien, selain menarik pelaburan swasta berskala besar.
RIPI merupakan syarikat utama yang bertanggungjawab menguruskan ladang Koperasi Orang Asli Kampung Tanam Rompin Berhad dan aspek pemasaran, sementara usahawan kontrak RIPI bertindak membeli kembali nanas yang dikeluarkan.
Hasil nanas MD2 daripada projek itu dijenamakan sebagai ROMPINE dan dieksport ke luar negara termasuk Bahrain, Mesir, Qatar, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Oman, Arab Saudi, China serta Jepun.
Dr Sahruddin berkata, usaha meningkatkan jumlah pengeluaran nanas di ladang sedia juga sedang diusahakan iaitu daripada 15 peratus kepada 50 peratus, bagi memaksimimumkan keuntungan.
"Jika dibandingkan antara buah nanas MD2 dan durian Musang King, tidak dinafikan durian Musang King lebih popular dalam kalangan masyarakat. Tetapi perlu diingat nanas MD2 tidak bermusim dan dapat dituai sepanjang masa.
"Justeru buah ini memiliki kelebihan berbanding durian Musang King yang walaupun mahal harganya, hanya mengeluarkan hasil pada musimnya. Selain itu, tempoh pengeluaran hasil yang lebih cepat bagi nanas memberikan pulangan yang lebih baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 09 2021
Setakat kini, kapasti negara untuk mengeluarkan nanas ialah 4,000 tan metrik dengan nilai lebih RM500 juta setahun. - Gambar fail
UNICEF gesa tindakan segera ketika kanak-kanak di Gaza terus jadi mangsa
UNICEF menyeru tindakan segera pada lewat Jumaat ketika kanak-kanak di Semenanjung Gaza terus menghadapi pertumpahan darah setiap hari, lapor Agensi Anadolu.
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
LPNM mahu jadikan nanas sebagai buah kebangsaan
Sheikh Umar Bagharib berkata pihaknya sedang dalam usaha ke arah itu, namun perancangan mengenainya masih dalam peringkat awal.
Pasaran nanas diperluas ke Osaka, Jepun - LPNM
Pasaran nanas MD2 kini telah diperluaskan ke Osaka sekali gus menyumbang kepada peningkatan jumlah eksport negara, kata Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Sheikh Umar Bagharib Ali.
Terapi nanas buka lembaran baharu buat penghuni Puspen Jelebu
Dengan kemahiran yang dipelajari, saya merancang untuk menjual tart nanas sebagai permulaan kehidupan baharu saya, kata Abang Chik.
Nilai eksport produk nanas dijangka cecah RM1.3 bilion tahun ini
Nilai eksport produk berasaskan nanas negara dijangka boleh mencecah sehingga RM1.3 bilion pada tahun ini selari dengan trend peningkatan.
Banjir: 54 pekebun nanas di Johor rugi RM8.41 juta - LPNM
Seramai 54 pekebun nanas di Johor mengalami kerugian bernilai RM8.41 juta, selepas kawasan tanaman seluas 99.35 hektar terjejas akibat banjir.
Eksport nanas negara tunjuk trend peningkatan dari 2016 hingga 2020
Eksport nanas Malaysia menunjukkan trend peningkatan dari 2016 hingga 2020 dengan pertambahan permintaan dari China dan Timur Tengah terutama bagi varieti MD2, N36 dan Josapine.
Sarawak mungkin atasi Johor sebagai pengeluar nanas terbesar negara
Sarawak juga mempunyai seramai 700 hingga 900 petani yang terlibat dengan penanaman nanas di negeri ini sejak RMK-11, dengan paling ramai mereka di Bahagian Samarahan.
Nanas bantu penduduk Iban di perkampungan Muara Payang tambah pendapatan
Sehingga kini, hampir semua 11 keluarga yang mendiami kampung itu terlibat dengan penanaman nanas jenis (baka) Sarikei.
Alumni UMK jadi 'tauke' nanas raih pendapatan lumayan
Bidang agro tani mampu memberi pulangan lumayan sekiranya diusahakan secara serius dan komited.
Nanas kembar lapan jadi tarikan di Alor Setar
Daripada 2,000 pokok yang ditanamnya, sebiji nanas dari baka MD2 didapati bercantum dan berbentuk seperti kipas.