awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nancy setuju Jambatan Batang Sadong diberi nama sempena Tan Sri Adenan Satem

Bernama
Bernama
28/01/2017
23:04 MYT
Nancy setuju Jambatan Batang Sadong diberi nama sempena Tan Sri Adenan Satem
Jambatan Batang Sadong sepanjang 1.48km bernilai RM231 juta dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 18 Dis tahun lepas. -Bernama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata beliau amat bersetuju dengan cadangan supaya Jambatan Batang Sadong yang pembinaannya baru siap, dinamakan sebagai Jambatan Tan Sri Adenan Satem bagi memperingati sumbangan bekas Ketua Menteri Sarawak itu kepada negeri ini.
"Saya tidak ada bantahan, bagaimanapun terserah kepada kerajaan untuk membuat keputusan. Saya akan menyokong sebab bekas ketua menteri kita itu juga merupakan bekas Anggota Parlimen Batang Sadong.
"Ia sebenarnya cara yang terbaik untuk memperingati seseorang tetapi saya serahkan kepada kerajaan dan bukanlah bagi saya untuk membuat keputusan," katanya dan menambah, langkah itu merupakan suatu legasi yang baik bagi Sarawak.
Ditanya sama ada terdapat tempat lain yang boleh dinamakan bersempena nama Allahyarham Adenan, Nancy yang juga Anggota Parlimen Batang Sadong, menarik perhatian bahawa ada banyak tempat di Sarawak yang boleh dinamakan bersempena nama Adenan.
"Beliau (Adenan) adalah tokoh yang menggalakkan keharmonian dan perpaduan, mungkin beberapa taman di negeri ini juga boleh dinamakan sebagai memperingati legasi beliau," katanya.
Jambatan Batang Sadong sepanjang 1.48km bernilai RM231 juta dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 18 Dis tahun lepas. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Adenan Satem
#Jambatan Batang Sadong
#memperingati sumbangan
#nama jambatan
#Nancy Shukri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan