awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nanta minta JKR pantau pergerakan tanah di Temalat

Bernama
Bernama
01/02/2025
09:45 MYT
Nanta minta JKR pantau pergerakan tanah di Temalat
Menurut Nanta, pemantauan JKR diperlukan bagi mengelakkan berlaku sebarang kejadian tidak diingini, yang boleh membahayakan nyawa orang awam.- Gambar fail/Bernama
KAPIT: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi hari ini meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak untuk memantau secara berterusan pergerakan tanah di lokasi tanah runtuh di Jalan Song-Temalat-Kanowit, Song, yang berlaku semalam.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kapit berkata perkara itu bagi mengelakkan berlaku sebarang kejadian tidak diingini, yang boleh membahayakan nyawa orang awam.
"Kerja-kerja pembaikan juga perlu dilaksanakan segera disebabkan laluan ini merupakan antara laluan utama pengguna jalan raya di sini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Nanta berkata laluan lencongan sementara telah disediakan untuk kegunaan kenderaan kecil dan ringan.
"Dan saya juga telah meminta papan tanda dan arahan lalu lintas di kawasan lencongan diletakkan dengan jelas, demi keselamatan pengguna jalan raya," katanya.
Kejadian tanah runtuh yang memutuskan jalan perhubungan antara Bahagian Sibu dan Bahagian Kapit itu, berlaku selepas hujan turun tidak berhenti di kawasan tersebut sejak beberapa hari yang lepas.
Sementara itu tular di media sosial kejadian sebuah lori barang tersangkut di lencongan tersebut sehingga menghalang laluan kenderaan lain.
Perkara itu mengundang kemarahan netizen terutama penduduk Kapit dan Song kerana sebelum ini kenderaan berat telah dilarang menggunakan lencongan tersebut, berikutan keadaan tanah yang masih belum stabil.
Tindakan tersebut menurut mereka bukan sahaja membahayakan nyawa bahkan menyusahkan pengguna jalan raya yang berulang alik ke Sibu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JKR Sarawak
#Alexander Nanta Linggi
#tanah runtuh
#Temalat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan