NATIONAL
Nasi goreng tomyam disyaki punca 43 pelajar sekolah keracunan makanan

A. Sivanesan (kanan), meninjau kaedah penyimpanan makanan semasa lawatan ke Sekolah Menengah San Min, Sungai Nibong susulan insiden keracunan makanan melibatkan 43 pelajar bulan lalu yang disyaki berpunca daripada nasi goreng tomyam. -Bernama
TELUK INTAN: Nasi goreng tomyam disyaki menjadi punca 43 pelajar Sekolah Menengah San Min di Jalan Sungai Nibong di sini mengalami keracunan makanan bulan lepas.
Ringkasan AI
- Nasi goreng tomyam disyaki menjadi punca keracunan makanan yang melibatkan 43 pelajar Sekolah Menengah San Min.
- Pemeriksaan mendapati tahap kebersihan kantin sekolah tidak memuaskan, menyebabkan arahan penutupan selama empat hari dikeluarkan.
- Jabatan Kesihatan Negeri Perak akan terus memantau situasi dan bekerjasama dengan pihak berkaitan untuk memastikan keselamatan makanan di sekolah.
"Kesemua pelajar berusia 13 hingga 18 tahun itu mengalami gejala seperti sakit perut, cirit birit, muntah serta demam, dan mereka diberikan rawatan pesakit luar dan berada dalam keadaan stabil.
"Dua sampel klinikal mendapati positif jangkitan norovirus dan sapovirus. Siasatan lanjut masih dijalankan oleh PKD Hilir Perak bagi mengenal pasti punca sebenar jangkitan dan faktor penyumbang kejadian ini," katanya pada sidang media selepas melawat sekolah berkenaan hari ini.
Mengulas lanjut, Sivanesan berkata hasil pemeriksaan PKD Hilir Perak di kantin sekolah berkenaan mendapati tahap kebersihan adalah tidak memuaskan.
Beliau berkata arahan penutupan selama empat hari ke atas kantin sekolah itu dikeluarkan di bawah Seksyen 18(1)(f), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] berkuat kuasa serta-merta.
"Pihak kantin telah mengambil tindakan penambahbaikan seperti yang diarahkan, dan setelah penilaian semula dijalankan, premis dibenarkan beroperasi semula selepas diarahkan tutup," katanya.
Dalam pada itu, Sivanesan berkata Jabatan Kesihatan Negeri Perak akan terus memantau situasi itu dan bekerjasama dengan semua pihak berkaitan bagi memastikan tahap kesihatan pelajar dan keselamatan makanan di sekolah sentiasa terpelihara.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami