KUALA LUMPUR:Langkah kerajaan bagi membantu menyelesaikan masalah pendapatan golongan penoreh getah dan jumlah tapak pembinaan di seluruh negara yang mematuhi dan ingkar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19, bakal dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, isu berkenaan terkandung dalam sesi soal jawab lisan yang akan diajukan Datuk Seri Idris Jusoh (BN-Besut) kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berhubung usaha kementerian itu dalam mengatasi masalah pendapatan golongan penoreh getah yang berhadapan dengan isu harga komoditi itu yang tidak stabil sejak kebelakangan ini.
Jumlah tapak pembinaan yang mematuhi SOP COVID-19 pula akan dibangkitkan Ahmad Johnie Zawawi (GPS-Igan) yang meminta Menteri Kanan Kerja Raya menyatakan jumlah terkini tapak pembinaan yang dibenarkan beroperasi kerana patuh SOP COVID-19 di seluruh negara dan berapa banyak tidak patuh SOP serta tidak dibenarkan beroperasi.
Daripada jumlah tersebut, berapa banyak pula yang terletak di Sarawak, soalnya.
Soalan Loke Siew Fook (PH-Seremban) pula meminta Perdana Menteri menyatakan apakah ulasan daripada pihak Peguam Negara terhadap keputusan kerajaan membatalkan kontrak projek Fasa 2 Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT2) kepada syarikat Dhaya Maju LTAT dan implikasi perundangan yang bakal dihadapi.
Perbahasan berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 berkenaan Belanjawan 2021 kemudiannya akan mengambil tempat untuk hari ketiga.
Sidang Dewan bermula minggu ini, berlangsung hanya empat jam iaitu pada 10 pagi hingga 2 petang setiap Isnin hingga Khamis, selain mengehadkan hanya 80 Ahli Parlimen - 41 pihak kerajaan, 39 pembangkang dan Bebas - dibenar berada di dalam dewan pada satu-satu masa.
Ia sebagai langkah berjaga-jaga berikutan penularan wabak COVID-19.
Menurut takwim Dewan Rakyat, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 akan berlangsung selama 27 hari sehingga 15 Dis.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 11 2020
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 akan berlangsung selama 27 hari sehingga 15 Dis. - Gambar fail
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.
Gaji guru Pasti: Semua kena patuh Akta Kerja 1955 - KPM
Sebelum ini, tular satu memo daripada JTKSM mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti.