awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nasihat pelbagai bahasa Uskup Agung Roman Katolik kepada masyarakat Dayak

Lynch Cowan
Lynch Cowan
27/05/2021
05:44 MYT
Nasihat pelbagai bahasa Uskup Agung Roman Katolik kepada masyarakat Dayak
Beliau menasihati agar masyarakat Dayak di Sarawak tidak pulang ke kampung halaman dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
KUCHING: Uskup Agung Roman Katolik, Simon Poh memuat naik video menasihati agar masyarakat Dayak di Sarawak tidak pulang ke kampung halaman sempena sambutan Hari Gawai minggu depan.
Video berdurai dua minit tersebut turut menggunakan bahasa Iban dan Bidayuh.
Melalui video itu, beliau menasihati agar masyarakat Dayak di Sarawak tidak pulang ke kampung halaman dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
“Sebagai umat Katolik saya mohon agar jangan ada di antara kita cuba untuk pulang ke kampung halaman semasa sambutan perayaan Gawai ini.
“Ini kerana Kuching buat masa sekarang sudahpun mencatatkan kes COVID-19 yang sangat tinggi,” ujarnya.
Archbishop Simon Poh telling fellow Sarawakians to not go home to the kampung for this coming Gawai in multiple languages, including the difficult multiple Bidayuh dialets. This is how we roll here in Sarawak. One language mana sukup bah kan? mesti puan bogok-bogok bahasa. pic.twitter.com/MzaCE2C8jJ
— Cyril Dason (@cyrildason) May 26, 2021
Simon menggesa agar mereka yang menyambut perayaan itu berfikir dengan bijak akan keselamatan dan dapat membantu mengurangkan kes jangkitan di negeri itu.
“Malah, jika kita degil untuk pulang ke kampung halaman, kita mungkin membawa jangkitan tersebut dan memburukkan keadaan sekarang,” tambahnya.
Terdahulu, JPBN Sarawak telah mengeluarkan garis panduan SOP berkenaan sambutan Hari Gawai Dayak untuk sehari (1) sahaja iaitu 1 Jun 2021 dan aktiviti ‘ngabang’ (menziarah) tidak dibenarkan.
Sambutan perayaan tersebut juga hanya dibenarkan untuk bersama keluarga serumah dan sekiranya di rumah panjang, keluarga sebilik sahaja di ‘bilik’ masing-masing bagi kawasan PKPB.
Topic Berkaitan
#Hari Gawai
#Uskup Agung Roman Katolik
#Simon Poh
#Perayaan Gawai
#Masyarakat Dayak
#pulang kampung halaman
#COVID-19
#Kuching
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan