PEMAIN gitar bass kumpulan Search, Nasir Taib mengakui terkilan penyanyi utama kumpulan itu, Suhaimi Abdul Rahman atau dikenali Amy Search tidak sempat pulang dari Jakarta, Indonesia bagi memberi penghormatan terakhir kepada pemain dram, Allahyarham Yazit Ahmad yang meninggal dunia pagi tadi.
Nasir yang juga pengasas utama kumpulan rock terkemuka tanah air bersama Allahyarham Yazit berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Amy hari ini menyuarakan permohonan maaf kepada beliau, ahli Kumpulan Search lain dan ahli keluarga Allahyarham kerana tidak sempat pulang disebabkan tuntutan kerja.
Menurutnya, Amy juga berasa terkilan kerana tidak dapat bersama dengan seluruh ahli kumpulan Search bagi menziarahi jenazah Allahyarham Yazit yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudatul Sakinah, Taman Selasih di sini petang tadi.
"Saya berpesan kepada Amy sekiranya sempat pulang, maka cubalah pulang kerana kesemua ahli kumpulan Search sudah bersaudara sejak 40 tahun lalu.
BACA: Amy Search zahirkan ucapan takziah, mohon maaf tidak dapat hadir ke pengebumian Yazit
"Sekiranya sempat, baliklah dan jika tidak, saya anggap ini ketentuan takdir. Apapun, selama 40 tahun kami susah senang bersama, setiap ahli keluarga Search tiada galang ganti dan saya tidak dapat terima apabila kami tidak lengkap," katanya dengan nada sebak.
BACA: Yazit Search meninggal dunia
Nasir berkata, selain beliau, anggota Kumpulan Search lain seperti Kid (Hamzah Abdul Taib) dan Nordin (Taib) sudah menziarahi Allahyarham sewaktu menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam semalam.
Menurutnya, Allahyarham Yazit sangat rapat dengannya dan sangat mengenali hati budi masing-masing disebabkan keserasian permainan muzik antara mereka berdua selaku pemain gitar bass dan dram.
"Kehilangannya memberi kesan besar dalam hidup saya kerana Allahyarham Yazit merupakan tangan kanan saya sepanjang memperjuangkan muzik Kumpulan Search sejak 40 tahun lalu.
Sinar Harian
Thu Sep 26 2019

Nasir Daud menahan sebak semasa majlis pengebumian pemain drum kumpulan Search, Yazit Ahmad di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Kuala Lumpur. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Ayah M Nasir meninggal dunia di Singapura
Allahyarham Mohamed Sam meninggal dunia pada usia 96 tahun akibat sakit tua di kediamannya sekitar pukul 7.30 pagi ini.

'Meno' luahan rindu Alena Murang pada kampung halaman
Lagu dalam bahasa Kelabit, 'Meno', menjadi buah tangan terbaharu gadis berbakat kelahiran Bumi Kenyalang ini buat peminatnya.

'Modal RM600,000, jual balik RM20,000'
Setakat ini, lebih 30 gimnasium sekitar Lembah Klang terpaksa ditutup di mana kebanyakan peralatan dilonggokkan di sebuah gudang di Seri Kembangan, Selangor.

Perangi rasuah tidak boleh bermusim
Ia harus berterusan dan berulang kali. Sebab itu kita harus memahami dan menghargai sejarah negara dalam konteks memerangi rasuah.

Niaga AWANI: Bagaimana kenyataan FOMC,IMF, vaksin pengaruhi pasaran?
Kami membincangkan berkenaan saham Gamestop yang mencatatkan peningkatan hampir 200 peratus dalam dagangan semalam. Terkini Forum Wallstreetbets di Reddit telah ditutup untuk umum dan perlukan jemputan untuk melihat kandungannya. Saksikan rakaman temubual berkenaan.

Niaga AWANI: Saham di pasaran Asia dijangka rendah
Saham di pasaran Asia dibuka rendah dengan pelabur ambil kira kejatuhan pasaran di Amerika. Dalam masa yang sama, pelabur turut perhatikan pengeluar komponen Apple di Asia dan saham Alibaba Group. Ini susulan keputusan sukuan Apple dan laporan WSJ yang ant ingin jadi syarikat kewangan dengan seliaan PBOC.

Bodek-membodek untuk dapatkan sesuatu patut dijadikan jenayah rasuah
Walaupun tidak melibatkan pemberian atau pertukaran barang tertentu untuk mendapatkan balasan, amalan bodek-membodek sedikit sebanyak mempunyai kesan yang buruk sama seperti jenayah rasuah.

Jangan jadikan darurat satu isu, bebaskan Malaysia daripada COVID-19 dahulu - Pakar undang-undang
Beliau berkata negara lain seperti New Zealand, Jepun, Australia, Perancis, Finland dan Indonesia turut mengambil langkah sama.

AWANI Pagi: Sindrom terowong carpal: Apakah simptom & rawatan yang ada?
Pergelangan anda selalu sakit dan kebas? Mungkin ini petanda Sindrom Terowong Carpal. Ikuti kupasannya bersama Dr Mohamed Faizal Sikkandar, Pakar Ortopedik UiTM Private Specialist Centre (UPSC) dalam #AWANIpagi #HapusCOVID19 #AWANInews

AWANI Ringkas: Thaipusam dalam norma baharu | CPI 2020: Di mana kedudukan Malaysia?

COVID-19: 'Sabar, ikut panduan' - Amy Search kenang keperitan artis zaman dahulu
Bekas vokalis Search ini mengatakan sebagai rakyat Malaysia sudah pasti golongan artis juga tidak dipinggirkan menerima bantuan daripada kerajaan.

Amy Search umum keluar Search
Penyanyi itu bagaimanapun menegaskan dia tidak akan bersara.

'Ini adalah momen epik!' - Jaket, 'mic stand' Amy Search dipamerkan di Hard Rock Cafe
Wow hebat Amy Search!

Nasir terkilan Amy tak sempat beri penghormatan terakhir kepada Yazit
Pemain bass Search, Nasir Taib mengakui terkilan Amy tidak sempat pulang dari Jakarta, bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Yazit Ahmad yang meninggal dunia pagi tadi.

Amy Search zahirkan ucapan takziah, mohon maaf tidak dapat hadir ke pengebumian Yazit
Vokalis utama Search, Suhaimi Abdul Rahman menyampaikan belangsukawa dan salam takziah di atas kembalinya pemain dram band tersebut, Yazit Ahmad pada pukul 11.53 pagi tadi.

"Berderai air mata orang tua ni." - Hadiah terindah buat Amy Search
Alhamdulilah...

'Walaupun dia rockers, dia tak sambut Hari Ibu & Hari Bapa' - Lepas muat naik posting ni, Nabila Huda 'balas' mak tiri!
Alamak! Dah berperang pula.

'Siapa kenal minah pengkid ini?' - Amy Search
Penyanyi rock negara, Amy Search akui mencari individu yang dipercayai sedang melakukan sindiket pelaburan wang haram.

Tiga tahun tak jumpa, Nabila Huda sangat-sangat rindukan Amy Search
Nabila Huda mendedahkan sudah tiga tahun dia tidak bertemu bapanya, penyanyi rock terkenal, Amy Search.

Arwah Mahadzir pernah berhentikan berita lebih awal kerana tergelak
Ras Adiba Radzi memberitahu pernah melalui pengalaman manis bersama Allahyarham Datuk Mahadzir Lokman apabila mereka terpaksa memberhentikan berita 10 minit lebih awal.