awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Neelofa, suami hantar representasi gugur pertuduhan

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
21/10/2021
03:29 MYT
Neelofa, suami hantar representasi gugur pertuduhan
Muhammad Haris dan Noor Neelofa di Mahkamah Majistret Seremban hari ini. - Astro AWANI
SEREMBAN: Pihak pembelaan yang mewakili selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail telah menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara untuk menarik semula pertuduhan ke atas mereka.
Ia berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai karpet di Nilai 3, Mei lalu.
Peguam, Wan Aizuddin Wan Mohammed yang mewakili pasangan itu memaklumkan salinan representasi itu telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara semalam.
“Representasi itu telah dihantar ke Jabatan Peguam Negara dan kami memohon untuk menarik balik pertuduhan kepada anak guam kami.
“Kami merasakan secara asasnya pertuduhan yang dibawa bukanlah satu kesalahan di bawah kesalahan yang dituduh,” katanya ketika ditemui selepas prosiding pengurusan kes di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.
Tambahnya, pihak pembelaan juga telah diberi masa selama sebulan untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak Jabatan Peguam Negara.
Kes Neelofa | Peguam hantar representasi tarik semula pertuduhan
Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Aling dalam prosiding hari ini memaklumkan, pihak pendakwaan juga telah menerima representasi daripada pihak pembelaan.
Pihak pendakwaan, jelasnya, memerlukan masa satu bulan untuk mengkaji representasi yang dikemukakan.
Majistret Mohd Firdaus Saleh kemudian menetapkan 1 Dis depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pada 20 Mei lalu, pasangan itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengikut Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan Bersyarat (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.
Muhammad Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz, 26 tahun, didakwa atas dua kesalahan gagal mematuhi SOP PKPB dengan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk atau menulis secara manual, serta tidak memakai pelitup muka di Kedai Naeem Carpet Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Nilai 3, Nilai, pada 4 petang, 2 Mei lalu.
Noor Neelofa, 32 tahun, pula dituduh tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk di premis itu atau menulis secara manual pada masa dan tarikh sama.
Mereka berdepan dengan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
#langgar SOP
#Neelofa
#kedai karpet
#nilai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan