awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Neelofa sumbang dua ekor lembu 'sado' kepada bomba Kelantan

Bernama
Bernama
13/07/2022
06:28 MYT
Neelofa sumbang dua ekor lembu 'sado' kepada bomba Kelantan
Dua ekor lembu 'sado' baka 'Chevrolet' adalah antara tujuh ekor lembu yang disumbangkan oleh Pertubuhan Kasih Neelofa kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan sempena sambutan Aidiladha tahun ini. - Gambar BERNAMA
KOTA BHARU: Dua ekor lembu 'sado' baka 'Chevrolet' adalah antara tujuh ekor lembu yang disumbangkan oleh Pertubuhan Kasih Neelofa kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan sempena sambutan Aidiladha tahun ini.
Lebih 20 anggota bomba terpaksa 'bekerja keras' sebelum berjaya menumbangkan lembu tersebut yang dianggarkan seberat 700 kilogram (kg) hingga satu tan setiap seekor.
Pengerusinya, Noor Neelofa Mohd Noor berkata, sebanyak 15 ekor lembu telah disumbangkan kepada pihak memerlukan termasuk di Perak, Kedah, Selangor dan Kelantan tahun ini.
"Untuk setiap ekor lembu kami anggarkan dapat dibahagikan kepada 100 penerima. Bagi lembu bersaiz besar seperti baka 'Chevrolet' dianggarkan dapat diagihkan kepada 500 penerima," katanya kepada pemberita selepas Majlis Korban Perdana di Ibu Pejabat JBPM Kelantan di Tunjong, di sini hari ini.
Hadir sama, Pengarah JBPM Kelantan, Zainal Madasin.
Sementara itu, Zainal berkata, kesemua daging korban akan diagihkan kepada golongan asnaf termasuk 150 keluarga anggota bomba yang memerlukan serta ahli keluarga anggota yang meninggal dunia. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Neelofa
#lembu sado
#Pertubuhan Kasih Neelofa
#bomba kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan