awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negara di landasan tepat untuk bergerak ke hadapan bangunkan ekonomi - PM Anwar

Bernama
Bernama
09/08/2023
03:41 MYT
Negara di landasan tepat untuk bergerak ke hadapan bangunkan ekonomi - PM Anwar
Malaysia kini berada di landasan yang tepat untuk bergerak ke hadapan terutamanya dalam membangunkan ekonomi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar Facebook ANWAR IBRAHIM
KUALA LUMPUR: Malaysia kini berada di landasan yang tepat untuk bergerak ke hadapan terutamanya dalam membangunkan ekonomi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi catatan di Facebook hari ini, Perdana Menteri berkata, untuk itu, pelbagai langkah berkaitan dasar kerajaan kini sedang digerakkan.
Beliau menyentuh perkara itu pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di Stadium Paroi, Seremban semalam yang turut dihadiri pemimpin parti yang mendukung Kerajaan Perpaduan.
"Negara ini mesti diselamatkan daripada pihak yang bicara soal bersih berdegar-degar tapi realitinya jauh bertentangan.
"Kuasa yang diamanahkan mesti ditumpu kepada pemerkasaan hak serta ekonomi rakyat," kata beliau.
Anwar berkata lantaran itu, rakyat pelbagai kaum mesti berpadu mendukung Kerajaan Perpaduan demi kestabilan dan pemerkasaan ekonomi rakyat.
Program berkenaan yang dibanjiri ribuan penyokong turut dihadiri pemimpin parti dari Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta Warisan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#ekonomi negara
#negara di landasan tepat
#PM Anwar Ibrahim
#Kerajaan Perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan