awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negara perlu pelan mitigasi dan adaptasi terhadap perubahan iklim - Greenpeace Malaysia

Bernama
Bernama
30/06/2022
21:32 MYT
Negara perlu pelan mitigasi dan adaptasi terhadap perubahan iklim - Greenpeace Malaysia
Pada 2019 sahaja, Malaysia mengalami kerugian hampir RM303 bilion disebabkan oleh pencemaran udara yang kebanyakannya daripada loji jana kuasa dan aktiviti perindustrian. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kesan perubahan iklim menyebabkan kerugian ekonomi yang ketara bagi Malaysia, menjejaskan infrastruktur dan usaha pembangunan serta memberi kesan kepada mata pencarian rakyat, menurut Greenpeace Malaysia.
Badan bukan kerajaan itu dalam kenyataan semalam memaklumkan keadaan itu jelas apabila banjir melanda beberapa negeri pada Disember 2021 yang meragut 55 nyawa, menjejaskan 125,000 orang, merosakkan 50,000 kereta dan mengakibatkan kerosakan harta benda bernilai kira-kira RM2.6 bilion.
"Kajian oleh Pusat Penyelidikan Tenaga dan Udara Bersih (CREA) dan Greenpeace Malaysia baru-baru ini melaporkan pada 2019 sahaja, Malaysia mengalami kerugian hampir RM303 bilion (AS$73 bilion) disebabkan oleh pencemaran udara yang kebanyakannya daripada loji jana kuasa dan aktiviti perindustrian.
"Lebih teruk lagi, dianggarkan bahawa 32,000 orang meninggal dunia setiap tahun akibat pencemaran udara di negara ini.
"Kajian juga mengaitkan penebangan hutan dengan peningkatan kadar banjir di Malaysia, dan audit rancangan bandar Kuala Lumpur yang terkini menunjukkan bahawa projek pembangunan telah menyebabkan kerapnya berlaku banjir kilat dan kesesakan jalan raya," menurut kenyataan itu.
Bagaimanapun, Greenpeace Malaysia menjelaskan kematian itu boleh dielakkan dengan melaksanakan tebatan perubahan iklim yang membolehkan pihak berkuasa melakukan sasaran dan dasar yang lebih bercita-cita tinggi untuk udara lebih bersih.
Menurut kenyataan itu, mitigasi melibatkan perubahan untuk menjadikan peralatan dan bangunan lama lebih cekap tenaga, mengubah amalan pengurusan dan tingkah laku pengguna serta mereka bentuk semula ruang bandar dan sistem pengangkutan.
Dalam menangani cabaran ini dan bergerak ke arah menjadi negara yang berdaya tahan iklim, kenyataan itu memberitahu kerajaan mesti mengutamakan peralihan kepada ekonomi rendah karbon.
"Ini bermakna bukan sahaja adaptasi terhadap perubahan iklim, tetapi mengurangkan atau pencegahan pelepasan gas rumah hijau dengan peralihan daripada penggunaan api fosil kepada sumber tenaga yang boleh diperbaharui.
"Malaysia memerlukan pelan mitigasi dan adaptasi terhadap perubahan iklim - kedua-dua sama penting," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelan mitigasi
#perubahan iklim
#Greenpeace Malaysia
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan