awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negara punyai harimau komited tingkatkan populasi, guna pakai Kenyataan Bersama Kuala Lumpur

Bernama
Bernama
21/01/2022
15:16 MYT
Negara punyai harimau komited tingkatkan populasi, guna pakai Kenyataan Bersama Kuala Lumpur
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dalam satu kenyataan hari ini berkata TRC juga mengguna pakai Kenyataan Bersama Kuala Lumpur mengenai Pemuliharaan Harimau. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Menteri dan pegawai kanan dari 13 negara yang mempunyai harimau berkeliaran (TRC) menyatakan komitmen mereka untuk menyelamatkan hidupan liar pada Persidangan Menteri-Menteri Asia Ke-4 (AMC4) mengenai Pemuliharaan Harimau yang berakhir hari ini.
TRC terdiri daripada Malaysia, Bangladesh, Bhutan, Kemboja, China, India, Indonesia, Laos, Myanmar, Nepal, Rusia, Thailand dan Vietnam.
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dalam satu kenyataan hari ini berkata TRC juga mengguna pakai Kenyataan Bersama Kuala Lumpur mengenai Pemuliharaan Harimau.
Menurutnya, TRC sebagai penjaga saki-baki harimau liar di dunia mempunyai matlamat serupa ke arah usaha menstabilkan dan mengukuhkan populasi haiwan berkenaan dan mangsanya merentasi kawasan yang dihuni mamalia berkenaan pada masa lampau.
Katanya, kenyataan bersama itu juga membawa dorongan baharu untuk mencapai matlamat sejagat ini.
"(Termasuk juga) aliran koridor ekologi utama ke dalam dasar guna tanah, meliputi infrastruktur hijau pintar dalam landskap harimau; menyeru organisasi antarabangsa untuk terus memberikan sokongan kewangan dan teknikal kepada negara dalam pemuliharaan harimau," katanya.
Terdahulu, lebih 300 peserta termasuk badan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan antarabangsa serta sektor swasta mengambil bahagian dalam persidangan tiga hari itu yang bermula Rabu lepas.
Hari terakhir AMC4 disusuli dengan mesyuarat peringkat menteri TRC, yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Ali Biju dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harimau
#haimau berkeliaran
#TRC
#hidupan liar
#ketsa
#Kenyataan Bersama Kuala Lumpur mengenai Pemuliharaan Harimau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan