Negara-negara serantau perlu mencari jalan untuk menghentikan masalah jerebu bermusim yang berlaku saban tahun apabila melangkah ke tahun baharu, 2016.
Aktivis Alam Sekitar Datuk Seri Ang Lai Soon berkata ini sepatutnya menjadi azam tahun baharu kepada kerajaan Indonesia, Malaysia dan Singapura, negara yang terjejas teruk oleh jerebu - untuk menjaga kesihatan rakyat mereka.
Beliau berkata masalah ini timbul kerana sikap tidak bertanggungjawab dan tidak bertimbang rasa sesetengah pihak yang didorong oleh habuan material.
"Tubuhkan sebuah kumpulan daripada negara yang terjejas, atau mereka yang peduli untuk melihat amalan yang merosakkan ini dihentikan buat selama-lamanya, kata beliau dalam mesej Tahun Baru 2016nya.
Aktivis dari Sarawak itu merujuk kepada aktiviti pembukaan tanah berskala besar setiap tahun mengakibatkan jerebu tebal yang meliputi udara di rantau ini.
Ang berkata negara yang berpengalaman dalam memadamkan kebakaran belukar seperti Australia dan Kanada wajar dijemput untuk menyertai apa yang beliau jelaskan sebagai "misi kemanusian ini untuk membantu kesihatan jutaan manusia daripada dirosakkan oleh bencana angkara manusia".
Beliau berkata adalah juga penting bagi misi seperti itu akan membantu persekitaran yang rapuh dan disalahgunakan serta meningkatkan prospek ekonomi rantau ini.
"Kejayaan langkah ini akan menjadi sumbangan membina dari rantau ini kepada Perjanjian Iklim Paris yang bersejarah baru-baru ini, dan hadiah terbaik buat jutaan manusia yang tidak berdosa," katanya.
"Kemusnahan hutan oleh kebakaran yang berpunca daripada manusia yang mengorbankan flora dan fauna mesti dihentikan buat selamanya, kata beliau lagi.
Beliau menggesa kerajaan di negara yang terjejas supaya mempunyai keazaman politik, keberanian dan kesungguhan untuk berjaya.
Bernama
Wed Dec 30 2015
Isu jerebu adalah tanggungjawab keseluruhan negara serantau khususnya yang terlibat secara langsung dengan punca serta kesannya. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tiga didakwa simbah sup ke atas lukisan Van Gogh
Tiga aktivis alam sekitar didakwa atas kerosakan jenayah selepas sup dilemparkan ke atas dua lukisan Van Gogh di Galeri Nasional London pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Hampir 200 aktivis alam sekitar dibunuh pada 2023
Hampir 200 pejuang alam sekitar dibunuh di seluruh dunia pada 2023, lapor Agensi Berita Jerman (dpa), memetik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Global Witness pada Selasa.
Aktivis alam sekitar, Greta Thunberg, ditahan polis Norway sewaktu demonstrasi
Kumpulan penunjuk perasaan itu sudah beberapa hari berhimpun hingga menghalang akses masuk ke beberapa bangunan kerajaan.
Youth4Climate: '30 tahun bla bla bla' - Greta Thunberg sindir omong kosong pemimpin dunia
Aktivis berusia 18 dari Sweden itu mendakwa banyak yang telah dijanjikan namun tiada usaha ketara dilakukan untuk mengatasi pemanasan global sejak hampir tiga dekad.
Sampai bila-bila pun masalah air takkan selesai kalau...
Gunalah teknologi canggih mana pun, ia takkan menyelesaikan masalah air yang kita hadapi jika sikap kita masih mengendahkan kepentingan kesejahteraan alam sekitar, kata Amlir Ayat.
COVID-19: Greta Thunberg sumbang RM431,600 kepada tabung UNICEF
Greta Thunberg menyumbangkan hadiah kemenangan yang diterima daripada Danish Foundation, berupa wang berjumlah AS$100,00 (RM431,600) kepada UNICEF.
Jabatan Perhutanan Kelantan pandang serius dakwaan pembalakan haram
Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) memandang serius dakwaan aktivis alam sekitar mengenai aktiviti pembalakan dan perlombongan haram di Kelantan yang dikatakan pada tahap serius.
Selepas pengharaman memburu ditarik balik, inilah paus pertama yang ditangkap nelayan Jepun
Langkah menarik balik larangan itu menerima kecaman daripada pelbagai pihak di peringkat antarabangsa, selain khuatir pada nasib spesies paus.
Remaja perempuan ini terus lantang menuduh UK punca masalah iklim
Selepas berbulan-bulan Brexit berdepan kemelut, isu perubahan iklim kembali melonjak menjadi agenda politik Britain.
Aktor Peru kahwini pokok, simbol komitmen terhadap alam sekitar
Tindakannya menjalin ikatan komitmen sepanjang hayat dengan pokok itu adalah sebagai perlambangan kepada kempen kesedaran ekologi.