awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negara yang enggan terima resolusi PBB perlu disingkir - PM Anwar

Bernama
Bernama
10/11/2024
22:30 MYT
Negara yang enggan terima resolusi PBB perlu disingkir - PM Anwar
Perdana Menteri Anwar (kiri) mengadakan sidang media bersama PresidenAbdel Fattah El-Sisi (kanan) pada lawatan rasmi empat hari ke Mesir di Istana Al-Ittihadiya, pada Ahad. - Gambar Bernama
KAHERAH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar mana-mana negara yang enggan mengiktiraf resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu disingkirkan daripada badan dunia itu.
Tanpa menyebut nama mana-mana negara, tetapi merujuk kepada kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza, Anwar berkata, mengusir negara tersebut adalah satu-satunya pilihan yang ada.
"Kita berdepan dengan situasi yang kompleks kerana penolakan Israel untuk memberikan bantuan kemanusiaan sehingga berlaku pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
"Kita telah mengambil pendirian yang sangat tegas dalam hal ini, untuk membantah dengan serius. Sebenarnya, saya telah mengemukakan idea bahawa apabila sesebuah negara menolak untuk mengiktiraf peraturan atau resolusi Majlis Keselamatan PBB, satu-satunya pilihan adalah untuk menyingkirkan mereka dari PBB.
"Ada pandangan yang perlu dipertimbangkan, tetapi saya faham betapa kompleksnya situasi ini kerana seperti yang Presiden (El-Sisi) katakan, keutamaan beliau adalah untuk menghentikan permusuhan," katanya pada sidang media bersama Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi selepas pertemuan dua hala di Istana Al-Ittihadiya, di sini, pada Ahad.
Terdahulu, Anwar mengadakan kunjungan hormat ke atas El-Sisi sempena lawatan rasmi empat hari beliau ke Mesir yang bermula pada Sabtu.
Beliau turut mengucapkan terima kasih mewakili rakyat Malaysia kepada Presiden Mesir dan rakyat Mesir atas bantuan mereka dalam memastikan penghantaran bantuan kemanusiaan Malaysia kepada Palestin di Gaza berjalan lancar. - BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#resolusi PBB
#singkir negara
#kekejaman israel
#PM Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan