awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negeri Sembilan optimis HSR dapat dilaksanakan, tingkatkan pembangunan negeri - Aminuddin

Bernama
Bernama
18/12/2024
15:15 MYT
Negeri Sembilan optimis HSR dapat dilaksanakan, tingkatkan pembangunan negeri - Aminuddin
Aminuddin (kanan) ketika sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Malaysia Vision Valley (MVV) City di Sendayan hari ini. - Gambar Bernama
SEREMBAN: Negeri Sembilan optimis projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur-Singapura akan dapat dilaksanakan meskipun ia belum dimuktamadkan setakat ini.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata jajaran yang turut membabitkan kawasan di Negeri Sembilan itu perlu dipertahankan bagi memastikan pembangunan yang cepat dan moden termasuk melibatkan projek Lembah Wawasan Malaysia (MVV) 2.0 di sini.
"HSR ini penting untuk Negeri Sembilan, memang tidak ada pengumuman lagi setakat ini sama ada diteruskan atau tidak, tetapi hasil perbincangan yang dibuat sebelum ini, kita masih mempertahankan jajaran asal HSR itu.
"Dalam masa terdekat, mungkin setahun dua ini akan ada pengumuman baharu, tetapi kerajaan negeri yakin ia dapat dilaksanakan, cuma bila masanya belum dapat dipastikan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pecah tanah MVV City di sini semalam.
Aminuddin berkata HSR juga dilihat dapat menjadi pemangkin transformasi sosioekonomi yang menghubungkan kepada pasaran serantau dan global, selain mewujudkan kelompok ekonomi dinamik serta membuka peluang baharu untuk perdagangan dan pelaburan dalam negara.
Bernama sebelum ini melaporkan Ketua Pegawai Strategi Badan Pemikir Pengangkutan My Mobility Vision Rahman Hussin berkata langkah meneruskan projek HSR itu akan memberi peluang kepada Malaysia untuk memanfaatkan potensi ekonomi negara sepenuhnya, dan mengukuhkan kedudukan di Asia Tenggara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelaburan
#HSR
#transformasi sosioekonomi
#peluang baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan