KUALA LUMPUR: Bilangan negeri yang terkesan banjir kekal enam dengan 13 daerah di Perak, Selangor, Melaka, Johor, Kelantan dan Sarawak masih terjejas setakat 4 petang ini, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).
Dalam kenyataan hari ini, Nadma memaklumkan seramai 1,789 mangsa daripada 511 Ketua Isi Rumah (KIR) direkodkan masih berada di 28 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat ini.
"Jumlah ini menunjukkan penurunan berbanding laporan pukul 8 pagi apabila terdapat 2,530 mangsa daripada 691 KIR sedang berlindung di PPS seluruh negara," katanya.
Menurut Nadma, empat PPS ditutup hari ini iaitu PPS Putat Tujuh dan PPS Sekolah Kebangsaan Kubang Kual di Pasir Mas, Kelantan serta PPS Dewan Bagan Nakhoda Omar dan Dewan Hala Cara Baru, Sabak Bernam, Selangor.
Menurut laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), sehingga 4 petang ini empat sungai merekodkan bacaan paras air berada di tahap bahaya iaitu Marudi, Long Jegan dan Long Teru di Miri, Sarawak serta Sungai Bernam di Kampung Sungai Selisek, Hulu Selangor.
Kata Nadma, enam sungai dengan bacaan air berada di tahap amaran pula adalah Sungai Selangor di Rantau Panjang, Kuala Selangor dan Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat di Selangor.
Dua sungai di Bera, Pahang mencatat bacaan air di tahap amaran ialah Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang dan Sungai Triang di Triang, sementara di Segamat, Johor dua sungai dengan bacaan air di tahap amaran ialah Sungai Muar di Buloh Kasap dan di Kampung Awat.
Menurut Nadma sehingga petang ini tidak ada kejadian banjir signifikan di dua kawasan di Selangor iaitu stesen Sungai Batang Kali di Batang Kali, Hulu Selangor dan stesen Sungai Selangor, Rantau Panjang, Kuala Selangor.
Jabatan Kerja Raya (JKR) pada 2 petang melaporkan dua lokasi terkesan kejadian banjir, lapan lokasi cerun runtuh, dua lokasi jalan mendap dan dua lokasi yang dimaklumkan terdapat kejadian jambatan rosak/ runtuh menjadikan jumlah keseluruhan adalah 14 lokasi, kata kenyataan itu.
Menurut Nadma, kejadian itu berlaku masing-masing di dua daerah di Kedah, Negeri Sembilan, Pahang dan Kelantan serta masing-masing satu di Perak, Terengganu dan Johor melibatkan tujuh Jalan Persekutuan dan tujuh jalan negeri.
Sementara itu Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan berasingan pada 4.35 petang mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 9 malam ini yang dijangka di Kelantan melibatkan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang; Kemaman, Terengganu; Kuantan Pahang serta Segamat, Kluang dan Mersing di Johor.
Sementara di Sarawak, kawasan diramalkan mengalami ribut petir ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Pakan, Sarikei dan Meradong di Sarikei serta Tanjung Manis di Mukah.
Di Sabah, kawasan terlibat ialah Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan serta Pitas di Kudat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 20 2022
Nadma memaklumkan seramai 1,789 mangsa daripada 511 Ketua Isi Rumah (KIR) direkodkan masih berada di 28 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat ini. - Gambar hiasan
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71
Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
China arahkan Apple keluarkan WhatsApp dan Thread daripada App Store
Kerajaan China mengarahkan Apple untuk mengeluarkan aplikasi Whatsapp dan Threads daripada App store China.
Empat pelari terlibat kontroversi dilucut pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat, lapor Xinhua.
ASEAN gesa patuhi konsensus lima perkara
Negara-negara anggota ASEAN menzahirkan kebimbangan terhadap ketegangan yang berlaku di Myawaddy, Kayin State yang terletak di sempadan Myanmar-Thailand, serta di Rakhine State, Myanmar.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
Setiap parti politik ada kaedah sendiri – Zahid
Setiap parti politik di dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai kaedah sendiri untuk membantu memenangkan calon mereka pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu, bulan depan.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk beri semangat
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih setia bersama parti itu meskipun ada mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Titah Addendum: Anwar enggan terlibat, itu bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan YDP Agong
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
Hujan paling lebat di UAE: Rangkaian lebuh raya, lapangan terbang Dubai dilanda banjir
Kebanyakan sekolah di seluruh UAE ditutup manakala pekerja pejabat diarahkan supaya bekerja dari rumah.
UAE alami hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun
Dalam peristiwa cuaca bersejarah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan taburan hujan paling lebat direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Banjir Dubai: Lapangan Terbang Antarabangsa 'lumpuh' 25 minit, 45 penerbangan dibatalkan
Ribut luar biasa menyebabkan operasi di DXB tergendala selama 25 minit dengan 21 penerbangan keluar dan 24 penerbangan masuk dibatalkan.
Satu PPS di Alor Gajah dibuka, tempatkan 51 mangsa banjir
Mangsa terdiri daripada 13 keluarga dari sembilan kampung di daerah Alor Gajah, ditempatkan di Balai Raya Balik Balai.
Pusat khidmat bantuan Sungai Buloh diarah bantu mangsa terjejas banjir - Ramanan
Sebaik mendapat maklumat berkaitan kejadian itu, Ramanan segera membuat lawatan serta meninjau keadaan semasa di kawasan terjejas.
Beberapa kawasan di Seremban, Rembau dilanda banjir kilat
Setakat ini tiada pusat pemindahan sementara dibuka bagi menempatkan mangsa terjejas.