awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nelayan asing nekad bakar tayar untuk elak ditahan

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
06/08/2021
00:15 MYT
Nelayan asing nekad bakar tayar untuk elak ditahan
Bakar tayar di beberapa bahagian bot untuk menghasilkan asap tebal bagi mengelak ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. -Foto APMM
KUALA TERENGGANU: Bakar tayar di beberapa bahagian bot untuk menghasilkan asap tebal bagi mengelak ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Itu antara tindakan nekad dua bot nelayan warga Vietnam yang menceroboh perairan negara pada Selasa lalu.
Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, bagaimanapun cubaan meloloskan diri bot dinaiki 18 kru dan dua tekong itu tidak berhasil apabila ditahan pada jarak 66 batu nautika dari Kuala Kemaman.
Katanya, APMM terpaksa mengambil masa selama satu jam mengejar dua bot terbabit sebelum berjaya menahannya.
Jelasnya, hasil pemeriksaan mendapati kesemua nelayan yang berusia di antara 17 dan 44 tahun itu tidak memiliki dokumen pengenalan diri serta permit yang sah bagi menjalankan aktiviti perikanan di perairan negara.
Beliau berkata hasil penggeledahan ke atas dua bot berkenaan menemukan kira-kira 3.5 tan hasil laut serta 1,500 liter bekalan diesel.
Hasil rampasan bersama peralatan menangkap ikan serta bekalan diesel dianggarkan bernilai RM3 juta.
Muhammad Suffi berkata pihaknya akan terus mempertingkatkan lagi rondaan dan kawalan di Zon Maritim Malaysia bagi memastikan perairan negara sentiasa selamat dan terpelihara.
Topic Berkaitan
#Bakar tayar
#APMM
#nelayan asing
#warga asing
#Vietnam
#Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
#bot
#diesel
#nelayan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan