awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
97 pusat operasi penipuan dalam talian tumpas, 1,070 ditahan - Polis
Mayat bayi lelaki ditemukan dalam tong sampah di hentian sebelah Yong Peng
Bekas jurutera mengaku salah cuba guna wang palsu, curi barang kemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nelayan dinasihatkan tidak kutip kerang di perairan Port Dickson

Bernama
Bernama
08/08/2025
12:54 MYT
Nelayan dinasihatkan tidak kutip kerang di perairan Port Dickson
Keputusan ujian sampel air laut daripada PBPKL menunjukkan bacaan biotoksin melebihi paras dibenarkan. - Bernama
SEREMBAN: Jabatan Perikanan Negeri Sembilan menasihati nelayan agar tidak mengutip, mengambil atau menuai kerang-kerangan termasuk kupang di perairan Port Dickson buat sementara waktu.
Pengarahnya Kasim Tawe berkata keputusan ujian sampel air laut daripada Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur (PBPKL) menunjukkan bacaan biotoksin melebihi paras dibenarkan.
"Bagaimanapun pihak kami akan membuat persampelan kedua sebelum keputusan larangan dikeluarkan secara rasmi.
"Pihak kami juga berhubung dengan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) menasihatkan supaya larangan sementara kepada nelayan untuk mengutip, mengambil dan menuai kerang-kerangan (dwicengkerang) di perairan Port Dickson buat masa ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya telah mengambil sampel kupang dan air laut sekitar Port Dickson pada Rabu lepas setelah menerima aduan nelayan berkenaan air laut berwarna merah dipercayai akibat ledakan alga di perairan Pasir Panjang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nelayan
#kerang
#Port Dickson
#biotoksin
#larangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami